Rakyat Indonesia resah stok maggi Indomie di pasaran berkurangan gara-gara perang Ukraine-Rusia

Rakyat Indonesia resah stok maggi Indomie dekat pasaran berkurangan gara-gara perang Ukraine-Rusia. Perang dua negara berkenaan yang berlarutan sehingga kini dilaporkan telah menyebabkan penghasilan mi segera terkenal Indonesia iaitu Indomie terganggu.

Bahan utama menghasilkan mi segera Indomie itu difahamkan menggunakan campuran gandum. Bagaimanapun bekalan gandum dilapor terganggu apabila pengimport utama gandum di dunia iaitu Ukraine terlibat dalam perang.

Ready Stock】Indomie goreng instant Noodles Import Dari Indonesia Maggi Mee Indonesia | Shopee Malaysia

Di kebanyakan tempat di Indonesia saat ini, jenama mi segera popular itu stoknya terhad dan ramai pengguna serta pengusaha kedai kecewa apabila kurangnya paket Indomie di rak pasar raya dan kedai runcit.

Difahamkan, Indonesia merupakan salah satu pembeli gandum terbesar di Ukraine, maka tidak hairanlah bahawa Indomie yang diperbuat daripada tepung gandum itu kekurangan stok sejak kebelakangan ini.

Lantaran itu, paras harga mi segera itu telah melambung tinggi. Menurut laporan Al Jazeera, sebilangan penduduk Indonesia di bandar Medan mendakwa bahawa sebungkus 40 pek Indomie kini berharga bersamaan dengan AS$7.15 (~RM30), naik daripada tanda harga AS$6.80 (~RM28.67) seperti biasa beberapa minggu lalu.

“Kenapa sekarang susah sangat nak dapatkan maggi Indomie di rak pasaraya?”

Seorang pekerja di Indonesia memberitahu Al Jazeera, mereka sampai tidak tahu bagaimana nak menjawab soalan pelanggan yang datang bertanyakan stok maggi Indomie.

Bagi peminat mi segera secara amnya, hal ini cukup membimbangkan kerana ia bukan hanya terpakai kepada jenama Indomie tetapi akan mempengaruhi industri mi segera secara keseluruhan.

Sekiranya perang Rusia dan Ukraine berterusan, dijangkakan banyak harga makanan akan meningkat.

Baca juga: https://themalaysialife.com/ini-jawapan-hael-bila-ditanya-kenapa-buat-pembedahan-plastik/