Rakyat Malaysia berebut cari kasut yang disarung Azizul di Olympic, rupanya…

Semalam berlangsungnya acara final keirin yang menyaksikakan Datuk Muhammad Azizulhasni bin Awang merangkul pingat perak buat negara untuk di Olimpik Tokyo 2020.

Selain pingat perak olimpik, kasut yang disarung oleh Azizulhasni ketika menaiki podium untuk menarik perhatian netizen. Daripada gambar yang dimuat naik oleh Majlis Sukan Negara di Instagram, kasut yang disarung oleh Azizulhasni adalah kasut jenama Power keluaran Bata yang dihasilkan khas untuk dipakai oleh atlet Malaysia di Olimpik Tokyo 2020.

Untuk pengetahuan anda, Bata merupakan penaja rasmi bagi kasut kulit serta sneakers untuk kontinjen Malaysia ke olimpik. Sneakers yang dipakai oleh para atlet ini juga merupakan rekaan baharu kasut Power. Gabungan warna jingga dan hitam menambahkan keunikan kasut ini, sepadan dengan track top yang dipakai oleh atlet. Logo Jalur Gemilang & Olympic Rings di bahagian lidah kasut menambahkan seri pada kasut ini.

Ramai sebenarnya yang berminat mendapatkan sneakers ini kerana mahu menggunakannya untuk bersukan serta menyimpannya sebagai koleksi. Kami menghubungi pihak Bata Malaysia bertanyakan sama ada sneakers ini akan dijual di pasaran atau pun tidak.

Jawapannya adalah tidak kerana ia dihasilkan khas untuk kegunaan kontinjen ke Olimpik Tokyo sahaja. Tetapi Bata Malaysia ada melancarkan peraduan untuk peluang memiliki kasut ini. Cuma peraduan tersebut sudah ditutup semalam.

Buat masa ini, adalah agak ‘mustahil’ untuk mendapat kasut ini selain daripada anda menjadi atlet olimpik atau menang peraduan.

Diharap sekiranya cukup permintaan daripada rakyat Malaysia, mungkin Bata Malaysia bertukar fikiran dan mengeluarkan koleksi replika khas model ini untuk dijual kepada umum.

sumber : https://www.thevocket.com/disarung-azizulhasni-dan-atlet-lain-di-olimpik-netizen-mula-buru-kasut-bata-ini/