Rakyat Malaysia tak tahu ada wakil Miss Universe ke El Salvador-Sejak bila ada pertandingan?

Rakyat Malaysia tak tahu menahu ada wakil Miss Universe ke El Salvador, tiba-tiba sahaja Malaysia sudah menobatkan Miss Universe Malaysia tahun 2023.

Ia berikutan dari akaun Instagram rasmi Miss Universe Malaysia yang mengumumkan Serena Lee sebagai pemenang yang akan mewakili Malaysia pada acara Miss Universe ke-72 di El Salvador.

“Tahniah Malaysia. Mempersembahkan Miss Universe Malaysia 2023 yang baru dinobatkan, Cik Serena Lee. Kemenangan anda adalah bukti kuat keberanian, kekuatan dan pemerkasaan wanita yang anda lakukan,”- tulis kapsyen yang dimuat naik itu.

Poppu Capella selaku pemilik Capella Swastika Karya yang pernah memegang lesen Miss Universe Indonesia dan Malaysia turut mengulas dengan memberikan emoji mata hati.

Bagaimanapun, kemenangan Serena Lee tidak mendapat sambutan yang baik. Di ruangan komen, ramai yang mempersoalkan proses pemilihan Serena Lee, kerana tiada angin dan ribu, tiba-tiba saja sudah ada pemenang.

“Saya mendengar daripada salah seorang peserta, bahawa mereka memilih seorang gadis berdasarkan hubungan dan berbohong kepada semua finalis semasa minggu peraduan!!!,” tulis @pira ***.

“Bila malam final? Kenapa tiba-tiba menang,” kata @axel ***.

“Tiada finalis diumumkan dan seseorang telah dinobatkan sebagai ratu,” tambah @adv ***.

Sekadar info, pada 8 Februari 2023, sebuah organisasi Miss Universe Malaysia yang baharu telah ditubuhkan di bawah pemilikan yang sama dengan Miss Universe Indonesia.

Lesen itu dimiliki bersama oleh artis Indonesia, Datin Wira Poppy Capella Swastika, yang juga pengarah kebangsaan pertandingan itu di bawah Just Capella Sdn. Bhd. pengurusan.

Bagaimanapun pada 12 Ogos 2023, Pertubuhan Miss Universe (MUO) memutuskan untuk membatalkan pertandingan Miss Universe Malaysia 2023 hampir sejurus selepas kontroversi berlaku dalam Miss Universe Indonesia.

MUO juga menamatkan kontrak francais mereka dengan Datin Wira Poppy Capella sebagai pemilik dan pengarah negara untuk kedua-dua Miss Universe Malaysia dan Indonesia

Pembatalan itu adalah susulan daripada kes dakwaan gangguan seksual yang berlaku semasa proses Miss Universe Indonesia.

“PT Capella Swastika Karya dan pegawai tertingginya tidak akan meneruskan Miss Universe 2023, dan tidak akan menerima lanjutan kontrak dengan organisasi kami. Kami akan membatalkan Miss Universe 2023,” kata kenyataan Pertubuhan Miss Universe ketika itu.

Baca juga: Rakyat protes di depan rumah Shah Rukh Khan, promosi game online rosakkan generasi muda