Rakyat, negara bayar harga mahal jika darurat, kata 100 ahli akademik

Kenyataan ini ditandatangani seratus ahli akademik, pensyarah universiti, profesor, sarjana dan ilmuan pesara.

Kami, yang bertandatangan di bawah ini, memerhatikan dengan penuh prihatin dan khuatir yang amat sangat tentang perkembangan politik terkini mengenai laporan bahawa kabinet menasihati Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mengisytiharkan pemerintahan Darurat.

Menurut Fasal 150 Perlembagaan Persekutuan, Pengisytiharan Darurat dapat dikeluarkan oleh SPB Yang Di-pertuan Agong jika Baginda berpuas hati bahawa ‘satu keadaan darurat yang teruk berlaku di mana keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di Persekutuan atau mana-mana sebahagian daripadanya terancam ‘.

Pada masa kini, jelas sekali negara tidak berada dalam keadaan seperti itu.

Adalah jelas bahawa negara kita sedang menghadapi krisis ekonomi serta krisis kesihatan awam yang berkaitan dengan pandemik Covid-19 terutamanya di Sabah, dan kedua-dua krisis ini benar-benar membimbangkan.

Meskipun demikian, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan memiliki sejumlah pilihan undang-undang dan juga pilihan langkah perubatan yang mencukupi demi meratakan lengkung jangkitan Covid-19, seperti yang dilakukan pada gelombang kedua.

Kami khuatir tindakan mengisytiharkan pemerintahan Darurat berdasarkan Fasal 150 didorong oleh situasi politik yang tidak menentu dalam pemerintahan PN itu sendiri dan kebimbangan bahawa Rang Undang-undang Belanjawan 2021 mereka akan dikalahkan dalam sidang parlimen yang dijadualkan berlangsung pada awal November.

Sekiranya demikian, kami menggesa pemerintah PN dan semua anggota Parlimen lain supaya berfikir dengan tenang dan bertindak dengan penuh tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Kami berpendapat mereka harus menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bagi untuk memelihara cara hidup demokratik yang merupakan hasil peralihan demokrasi secara damai, di samping menjunjung kedaulatan undang-undang dan demokrasi berparlimen, yang pencapaiannya telah meningkatkan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa.

Dalam semangat demi melindungi kepentingan negara dan rakyat, mereka seharusnya menunjukkan sifat kenegarawanan dengan duduk bersama merundingkan belanjawan yang dipersetujui untuk diluluskan oleh parlimen.

Kita semua tentu sedar bahawa pemerintahan darurat memberikan monopoli kuasa kepada badan eksekutif tanpa proses semak dan imbang yang perlu oleh badan hehakiman dan badan perundangan.

Rosak reputasi

Keadaan sedemikian hanya akan menjejaskan tadbir urus yang baik dan melemahkan pemerintahan menurut undang-undang dan akauntabiliti.

Sekiranya kita tidak mengambil berat perkara penggantungan dan pengabaian institusi demokrasi ini, akibatnya nanti akan menjerumuskan negara kita ke jalan kemunduran, iaitu pemerintahan autoriter dan diktator, suatu perkembangan yang biasa berlaku pada abad yang lalu.

Hal ini hanya akan merosakkan kedudukan antarabangsa, reputasi kewangan, iklim pelaburan, dan kredibiliti pemerintahan negara kita.

Inilah harga mahal yang kita semua – rakyat dan negara – akan terpaksa membayarnya nanti.

Sehubungan dengan itu, kami menyeru supaya semua pihak berfikiran waras dan tenang, bersifat hikmah dan menunjukkan prinsip kenegarawanan.

Tumpukan kepada kepentingan rakyat, hentikan politiking, selesaikan masalah secara jujur dengan berunding, sekali-kali jangan isytiharkan pemerintahan darurat.

Senarai penandatangan:

1. Prof Emeritus Dato’ Dr Abdul Rahman Embong, pesara.

2. Prof Emerita Dato Dr Wazir Jahan Karim, Anthropologist and Conservationist.

3. Prof Dr Syed Farid Alatas, National University of Singapore

4. Prof Emeritus Dr Tham Siew Yean, pesara.

5. Sasterawan Negara Prof Emeritus Datuk Dr Muhamad Hj Salleh.

6. Prof Zaharom Nain, University of Nottingham Malaysia.

7. Prof Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff, Universiti Kebangsaan Malaysi.a

8. Prof Dr Maude E Phipps, Monash University Malaysia.

9. Prof Dr Edmund Terence Gomez, Universiti Malaya.

10. Prof Dr Sharmani Patricia Gabriel, Universiti Malaya.

11. Prof Dr Teh Yik Koon, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

12. Prof Dr Mohamed Aslam Haneef, International Islamic University of Malaysia.

13. Prof Dr Nor Faridah Abdul Manaf, International Islamic University Of Malaysia.

14. Prof Dr Chin Yee Whah, Universiti Sains Malaysia.

15. Dr Ong Puay Liu, pesara profesor antropologi.

16. Abdul Halim Ali, pesara profesor sosiologi.

17. Dato’ Dr Ahmad Mahdzan Ayob, pesara profesor, bekas timbalan naib canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia.

18. Dr Francis Loh Kok Wah, pesara profesor sains politik.

19. Dr Subramaniam Pillay, pesara ahli akademik, pengasas NGO Aliran.

20. Dr Madeline Berma, retired academic; Fellow, Academi Sains Malaysia

21. Norani Othman, pesara profesor sosiologi.

22. Assoc Prof Dr Helen Ting, Universiti Kebangsaan Malaysia

23. Dr Hew Wai Weng, Universiti Kebangsaan Malaysia

24. Assoc Prof Dr.Lew Bon Hoi, New Era University College

25. Dr Lai Suat Yan, Universiti Malaya

26. Dr Khoo Ying Hooi, Universiti Malaya

27. Assoc Prof Dr Yeoh Seng Guan, Monash University Malaysia

28. Assoc Prof Dr Kuik Cheng Chwee, Universiti Kebangsaan Malaysia

29. Dr Mohd Faizal Musa, Universiti Kebangsaan Malaysia

30. Dr Greg Lopez, Murdoch University

31. Dr Charis Quay Huei Li, Université Paris-Saclay

32. Dr Rusaslina Idrus, Universiti Malaya

33. Dr Phua Kai Lit, retired associate professor

34. Assoc Prof Dr Sumit Mandal, University of Nottingham Malaysia

35. Dr Por Heong Hong, Universiti Sains Malaysia

36. Dr Lim Teck Ghee, retired academic

37. Assoc Prof Dr Khoo Gaik Cheng, University of Nottingham Malaysia

38. Dr Mazlan bin Che Soh, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

39. Dr Chong Wu Ling, Universiti Malaya

40. Dr Muhamad Azwan Abd Rahman, Universiti Utara Malaysia

41. Mr Bealeatham Kalimuthu, retired academic

42. Dr Teo Lee Ken, independent researcher

43. Mr Muhammad Ariff Asyrul Adnan, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

44. Mr Rosli H. Mahat, retired associate professor of physics

45. Dr Omar Shawkataly, retired academic

46. Dr Ngo Sheau Shi, Universiti Sains Malaysia

47. Dr Yuwana Podin, Universiti Malaysia Sarawak

48. Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, International Islamic University of Malaysia

49. Mr Azmyl Yusof, Sunway University

50. Dr Andrew Aeria, retired academic

51. Ms Tricia Yeoh, PhD candidate, University of Nottingham Malaysia

52. Dr. Azmil Tayeb, Universiti Sains Malaysia

53. Dr Koh Sin Yee, Monash University Malaysia

54. Dr Brendan J. Gomez, independent scholar

55. Dr Show Ying Xin, Australian National University

56. Dr Ramze Endut, Universiti Kebangsaan Malaysia

57. Dr V. Selvaratnam, retired academic

58. Haris Zuan Jaharudin, academic & PhD candidate, Cranfield University

59. Fatimah Mohd Tajuddin, academic & PhD candidate

60. Mohd Sazni, MA candidate

61. Syahida Johan, academic

62. Ooi Kok Hin, MA candidate, independent researcher

63. Zikri Rahman, PhD candidate, National Chiao Tung University

64. Helmy Muhammad, PhD candidate

65. Aisyah Tajuddin, academic

66. abilah Huda, academic

67. Fairuzzaman Shaharuddin, PhD candidate

68. Dr Wan Manan Wan Muda, retired academic

69. Dr Azizan Bahari, retired academic, writer

70. Dr Wan Puspa Melati Wan Abdul Halim, academic

71. Marilyn Ong Siew Ai, retired academic

72. Dr Athi Sivan T. Mariappan, independent researcher

73. Dr Chan lean Heng, retired academic

74. Dr Wilson Tay Tze Vern, Taylor’s University Malaysia

75. Ms Fang Yi Xue, academic (INTI International University) & PhD Candidate

76. Dr Lee Hwok Aun, ISEAS-Yusof Ishak Institute

77. Dr. Sharifah Munirah Alatas, Universiti Kebangsaan Malaysia

78. Dr Chai Ming Hock, Universiti Sains Malaysia

79. Mr Ab Bassit Husain,academic, Universiti Kuala Lumpur

80. Mr Akmal Hisham Abdul Rahim, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

81. Mr Aznijar Mohd Yazid, Universiti Malaya

82. Dr. Simon Soon, Universiti Malaya

83. Dr Chang Teck Peng, Tunku Abdul Rahman University College

84. Dr Wong Kok Keong, Berjaya University College

85. Dr. Welyne Jeffrey Jehom, Universiti Malaya

86. Dr Ngeow Chow Bing, Universiti Malaya

87. Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor, Universiti Kebangsaan Malaysia

88. Dr Peter Chang, Universiti Malaya

89. Assoc Prof Dr Sivachandralingam Sundara Raja, Universiti Malaya

90. Assoc Prof Dr Chang Yun Fah, Taylor’s University Malaysia

91. Mr U K Menon, CEO, Espact Education

92. Dr Johan Saravanamuttu, Professor Emeritus (Universiti Sains Malaysia)

93. Dr Cecilia Ng, retired academic

94. Dr Fiona Lee, University of Sydney

95. Dr tan beng hui, independent researcher

96. Dr Tan Sooi Beng, retired professor of music

97. Andrew Khoo, former Commonwealth Professional Fellow

98. Dr Agnes Yeow, Universiti Malaya

99. Assistant Prof Dr Leong Kar Yen, Tamkang University Taiwan

100. Dr Ngu Ik Tien, Universiti Malaya

 

berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/548024

COMMENTS