Ibu negara Indonesia akan memaksa pemandu untuk menjalani ujian pelepasan karbon dan sedang mempertimbangkan untuk mengarahkan separuh daripada penjawat awamnya bekerja dari rumah.
Pertimbangan ini diambil ketika Indonesia menghadapi kemerosotan kualiti udara yang telah menjadikan Jakarta sebagai salah satu bandar paling tercemar di dunia.
Sejak Mei lalu, Jakarta secara konsisten disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 bandar paling tercemar di seluruh dunia. Minggu lalu, bandar ini bahkan telah menduduki kedudukan teratas dalam penarafan global yang disusun oleh syarikat teknologi kualiti udara Switzerland, IQAir.
Jakarta menduduki tempat kedua, hari ini.
Kerajaan Indonesia dilihat menyalahkan kegiatan industri yang rancak dijalankan serta lalulintas yang padat serta berlebihan.
Kumpulan alam sekitar pula menyalahkan loji janakuasa arang batu namun dinafikan oleh kerajaan.
Kerajaan selepas ini bakal mengadakan pemeriksaan rawak untuk para pemandu melakukan ujian pelepasan karbon dan sekiranya gagal akan dikenakan denda.
Jika ulang ujian kembali dan gagal juga, lesen memandu akan dibatalkan.
Ini menjadikan ujian pelepasan karbon sebahagian daripada proses mendapatkan lesen pendaftaran kenderaan.
Namun, kerajaan tidak menyatakan bila akan menguatkuasakan dan memperkenalkan langkah itu.
“Kami akan bermula di Jakarta dan apabila ia menjadi lebih baik, kami akan mengembangkannya ke Jakarta yang lebih besar,”
Menteri Alam Sekitar, Siti Nurbaya Bakar, berkata perkara itu akan bermula di Jakarta.
“Apabila ia menjadi lebih baik, kami akan mengembangkannya dengan lebih besar,” katanya.
Langkah-langkah lain yang sedang dipertimbangkan termasuk mewajibkan kereta dengan kapasiti enjin 2,400 cc dan ke atas menggunakan bahan api 98 oktana, serta memerlukan setiap kenderaan membawa empat orang.
Penduduk Jakarta yang berpopulasi lebih 10 juta sudah lama mengadu tentang kualiti udara yang teruk malah ada sebahagiannya yang menyaman kerajaan.
Sekumpulan penduduk memenangi kes saman terhadap kerajaan pada 2021, di mana Presiden Joko Widodo diperintahkan untuk mewujudkan standard kualiti udara nasional bagi melindungi kesihatan rakyat.
Baca juga: Pelik! Lelaki curi puting dari bayi ini menjadi buruan polis