Rakyat protes di depan rumah Shah Rukh Khan, promosi game online rosakkan generasi muda

Rakyat negara India mengadakan protes di depan rumah Shah Rukh Khan kerana beliau telah mempromosi game online didakwa rosakkan generasi muda.

Terbaru, kecoh di India apabila perkarangan rumah Shah Rukh Khan dipenuhi dengan rakyat dari negara itu kerana menyokong permainan dalam talian

Shah Rukh Khan diketahui terlibat dalam aplikasi permainan dalam talian dan dia dikatakan menyokong aplikasi dalam talian termasuklah permainan Junglee Rummy dan Zupee.

Beliau juga merupakan duta bagi jenama A23 Games yang juga merupakan portal rasmi dalam talian.

Dalam iklan tersebut, kedengaran pelakon itu mengulangi slogan “Chalo Saath Khelein”, sambil mempromosikan aplikasi permainan itu.

Menimbulkan Kemarahan

Bagaimanapun, ternyata sokongan Shah Rukh Khan terhadap aplikasi permainan dalam talian tersebut telah menimbulkan kemarahan segelintir masyarakat.

Ini kerana Untouch Youth Foundation berpendapat bahawa aplikasi ini mengelirukan dan merosakkan generasi muda.

Malah mereka juga berpendapat bahawa golongan selebriti sepatutnya tidak menyokong kewujudan aplikasi ini.

Protes Dihadapan Rumah

Akibatnya, protes diadakan di luar rumah Shah Rukh Khan di Mannat. Malah organisasi yang mengetuai tindakan protes itu juga ada menulis mengenai kejadian tersebut di media sosial.

Pelakon dan pelakon terkenal membuat iklan ini dan mereka cuba mengelirukan orang ramai.

Protes itu akan diadakan di luar banglo Shah Rukh Khan di Mannat bagi pihak Untouch Youth Foundation.

Melihat ramainya penunjuk perasaan yang membantah, polis turut terlibat dalam kejadian ini dengan berkawal di luar rumah Shah Rukh Khan dan memegang kayu dan hos air.

Tindakan ini bertujuan untuk mengelak dari perkara yang tidak diingini berlaku. Diatas makluman tersebut, detik kejadian juga dirakam dan di sebarkan di media sosial dan menjadi viral.

Baca juga: Akhirnya Ustaz Azhar Idrus tampil jawab ungkapan Abang Tesla-‘Jawapannya orang ini sudah tidak betul’