Laman sosial hari ini dihujani dengan kata-kata semangat buat atlet berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang yang mula memburu pingat Sukan Olimpik Paris 2024 di Saint-Quentin-en-Yvelines.
Azizulhasni yang telah berkecimpung sejak belasan tahun juga digelar sebagai The Pocket Rocket Man disebabkan postur badannya yang lebih kecil berbanding atlet berbasikal yang lain.
Menurut laman Facebook Viral Media Johor, atlet ini dijadualkan melalui pusingan kelayakan pada hari ini pada 6.45 petang bersama dengan seorang lagi atlet iaitu Muhammad Shah Firdaus Sahrom.
Sebelum ini, Azizulhasni pernah meraih pingat gangsa di sukan Olimpik Rio 2016 dan juga pingat perak pada Olimpik Tokyo 2020.
Beliau turut menjadi satu-satunya atlet dari Malaysia yang telah menyertai sukan Olimpik sebanyak lima kali berturut-turut.
Mari kita bersama-sama mendoakan kejayaan atlet-atlet kita meraih pingat emas di sukan Olimpik Paris 2024.
Baca juga: Presiden BAM umum letak jawatan