Ramai ‘flex’ baki akaun KWSP, netizen terkejut ada yang cecah RM500,000

Ada sesetengah pencarum dilihat tanpa segan silu berkongsi tangkap layar baki simpanan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) susulan penstrukturan semula akaun yang diumumkan baru-baru ini.

Tinjauan di beberapa platform media sosial menunjukkan bahawa ramai pengguna tidak segan untuk berkongsi sumbangan KWSP mereka kepada orang ramai, terutamanya pencarum yang mempunyai jumlah simpanan yang tinggi.

Di platform media sosial X, ada seorang pengguna turut meraih perhatian apabila bertindak berkongsi jumlah carumannya yang mencecah RM500,000.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna kagum melihat jumlah simpanan KWSP terbabit.

“Banyaknya KWSP dia, aku punya akaun dua RM3,000 pun tak sampai. Berapa agaknya gaji dia ya,” kata Elle.

“Kagum tengok KWSP orang sampai ratus ribu ni. Agaknya masa boleh keluar i-Sinar dia tak pernah keluarkan langsung,” kata Affendi.

“Ramai orang ‘flex’ KWSP, aku nak buka apps tengok baki pun segan,” kata Ilham.

Terdahulu, kerajaan melancarkan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 yang bertujuan dapat membantu pencarum untuk mengeluarkan ia disaat-saat kecemasan.

Baca juga: “Jangan boikot kerana tidak sealiran” -Scha Alyahya