Ramai ketawa saf pertama tak boleh untuk ‘pendatang’, lelaki ini kena kecam pasal ‘cop’ tempat solat

Seorang lelaki mengejutkan orang ramai terutamanya kaum lelaki apabila dia mengingatkan saf pertama tidak patut diisi oleh bukan ahli kariah atau digelarnya ‘pendatang’.

Ribuan warganet meninggalkan emoji ketawa dengan hantaran lelaki berkenaan di Facebook mliknya yang kini sudah mencatat lebih 5,400 tanda.

Dalam salah satu reaksi balas terhadap ‘special memo’ daripada Rahman Ariffin itu, dia boleh pula menegaskan bahawa jemaah bukan ahli kariah boleh cari saja ‘spot’ dalam saf pertama di lokasi paling tepi kanan atau kiri. 

“Spot yang rizab, selalunya yang betul-betul di belakang imam, tiga empat petak kanan dan kiri,” katanya begitu yakin.

Tidak hairanlah warga emas berusia 68 tahun yang dipercayai tinggal di Shah Alam, Selangor itu kena ‘sekolah’ dengan netizen.

Antaranya, Hasnan Hasim yang berpendapat individu seperti Rahman menyebabkan orang malas bersembahyang jemaah di masjid atau surau.

“Takut nanti dah bagus banyak amalan, sekali di pintu syurga, malaikat pula halang awak masuk syurga, tuan haji sebab bersifat sebegini.

“Saya hanya beri ingatan. Jadilah manusiawi ikut akhlak nabi,” nasihatnya.

Ikuti tulisan Rahman Ariffin yang tular dengan ejaan dan bahasa rojak warga emas berkenaan dikekalkan: 

Special memo untuk kawan-kawan yang kaki solat tarawih tiap malam different masjid (masjid hoppers).

1.  Duduk saf pertama memang sebaik-baik tempat dalam masjid/surau. Tapi you kena ingat, it’s not your masjid. 

You tak tau budaya dan amalan kat masjid tu. Jangan asal nampak sejadah atau spot kosong je, you terus nak celapak duduk kat saf pertama. 

2.  Mungkin saf pertama tu, walaupun you nampak ada spot kosong, tetapi sebenarnya dah ada tuannya. 

(i) Spot tu dah dikhaskan untuk penceramah, pengerusi masjid, tetamu atau jemputan khas. So you don’t simply go and nicely sit there! Malu je nanti kena halau secara halus (“Bang, maaf, ni Imam 3 punya tempat”).  

(ii)  Spot yang nampak kosong tu, actually dah ada penghuninya. Penghuni tu memang orang kariah situ, orang taman tu, orang kampong tu. Dia tu memang dah duduk spot tu tiap waktu solat fardhu, solat Jumaat, solat Raya, segala solat. Cumanya at that time dia gi toilet ke, gi minum ke.

3.  So, sebagai pendatang, sebagai orang dagang, you gi lah duduk kat saf kedua, atau saf-saf lain. Seperti kata orang-orang dulu, 

“…anak dagang di rantau orang, pandai-pandai membawa diri..”

Baca: “9 beradik langsung tak jenguk ayah masa sakit jantung, aku call sorang sorang takde yang angkat”