Tular di laman sosial Facebook pada ketika ini berkenaan komen ustaz Don Daniyal yang membenarkan berpuasa pada hari tasyrik meskipun ia dikategorikan sebagai hari makan dan minum serta mengingati Allah.
Seorang pendengar Suria FM bertanyakan soalan kepada pendakwah tersebut dimana individu itu ingin berpuasa ketika hari raya aidiladha pertama dan Don menjawab ia dibenarkan untuk berpuasa pada hari hari selepas hari raya pertama iaitu hari tasyrik.
Meskipun sudah membuat permohonan maaf kepada semua, namun nama Don Daniyal masih lagi panas kerana ramai pihak masih belum berpuas hati.
Menurut seorang pengguna media sosial Facebook yang dikenali dengan nama Mohd Khairil Anwar, dia turut mempersoalkan tauliah yang diberikan kepada penceramah itu.
“Menurut semakan online Don memegang tauliah mengajar Agama Islam Selangor dalam semua kategori iaitu berceramah, mengajar Al Quran dan fardhu ain serta mengajar berkitab.”
“Persoalan yang bermain difikiran bagaimana orang seperti ini diberi tauliah.”
Khairil turut mempersoalkan dimana Jabatan Agama Selangor dan Jabatan Agama lain untuk membetulkan perkara ini dimana mereka dilihat seperti mendiamkan diri saat penceramah itu memberikan dalil yang tidak sahih.
Dia turut menambah berapa ramai individu yang mahu mendapatkan tauliah, namun dinafikan hak walaupun mereka semua adalah sangat berkelayakan dari Ustaz Don Daniyal.
“Betapa ramai asatizah yang tidak sealiran dengan mereka dinafikan hak mendapat tauliah sedang mereka yang langsung tidak mencapai piawaian ilmu dalam agama diberi tauliah sewenang-wenangnya?”
Akhir kata, Khairil turut menyeru masyarakat untuk menolak penceramah bukan hanya Don, namun mana -mana pendakwah kerana kejahilan dan kesombongannya.
Baca juga: Ramai pertikai ‘fatwa’ Ustaz Don Daniyal kata boleh puasa di hari tasyrik