Umum mengetahui baru-baru ini kita baru sahaja menyambut hari raya korban atau pun dikenali dengan hari raya Aidiladha.
Sebelum menyambut hari raya aidiladha, kita digalakkan untuk berpuasa hari Arafah kerana jemaah haji akan melakukan wukuf di padang Arafah.
Mereka yang berpuasa turut mendapat ganjaran yang besar dijanjikan oleh Allah SWT.
Tular di laman sosial Facebook pada ketika ini berkenaan komen ustaz Don Daniyal yang membenarkan berpuasa pada hari tasyrik meskipun ia dikategorikan sebagai hari makan dan minum serta mengingati Allah.
Seorang pendengar Suria FM bertanyakan soalan kepada pendakwah tersebut dimana individu itu ingin berpuasa ketika hari raya aidiladha pertama.
“Berpuasa ada waktu-waktu yang tidak dibolehkan berpuasa, salah satunya ialah hari raya pertama”
“Sama ada hari raya Aidilfitri atau hari raya aidiladha”
Don menegaskan puasa ketika hari pertama tidak dibenarkan, sama ada hari raya pertama aidilfitri mahupun aidiladha.
Namun dia turut menambah hari kedua dan seterusnya selepas hari raya dibolehkan berpuasa meskipun ia adalah hari tasyrik.
Rata-rata reaksi yang diterima di ruangan komen turut bertanyakan mengapa jawapan sebegini diluluskan oleh pihak Suria FM.
“Perasan juga dengar jawapan Encik Don kat radio. Dah kenapa jawapan macam tu boleh lepas…”
“Ustaz don kena perbetulkan, yg ni sgt penting utk org awam”
Sebelum ini pada 5 Jun, Ustaz Don pernah direhatkan daripada muncul dalam program Salam Baitullah kerana memetik hadis yang daif.
Baca juga: “Suami kedekut haji bakhil, gaji RM6K tapi nafkah aku cuma RM10 je dia bagi”