Ramai pertikai kenapa Bell Ngasri tidak dapat kereta dan wang tunai? Ini penjelasan pengasas Fellera Skin Care

Ramai pertikai kenapa Anugerah Bintang Paling Popular (ABP), Bell Ngasri tidak dapat kereta dan wang tunai sepertimana pemenang -pemenang terdulu.

Pengasas Fellera Skin Syarifah Khyra Muhsin penaja utama telah menjelaskan isu sedang viral berkenaan hadiah yang diterima bintang paling popular iaitu oleh Bell Ngasri. Kenapa tidak ada hadian kereta tidak macam ABP yang sebelum ini?

Malah bukan itu sahaja kenapa tidak ada wang tunai sekadar pakej umrah sahaja? Inilah yang bermain di kepala peminat-peminat Bell Ngasri.

Menurut Syarifah Khyra jika sebelum ini ada hadiah kereta, itu daripada penajaan kereta sendiri daripada Tv3 dan Berita Harian.

Bahkan mereka memberi trofi itu sebagai batu loncatan supaya bintang lebih bersinar pada masa hadapan selepas dirinya dinobatkan sebagai pemenang.

Tetapi hadiah seperti kereta dan wang tunai itu adalah hadiah daripada pihak penajaan yang lain

“Macam saya sendiri mengeluarkan satu kos menaja keseluruhan program tapi saya membuat penambahan iaitu beri pakej umrah kepada Bell sebenarnya.

@callmekhyra

Penjelasan Berkenaan Hadiah Yang Diterima Oleh Bintang Paling Popular Berita Harian 2023, Bell Ngasri. 😘 #share #jellyajaibviral #bellrossaadvances #foryoupage #fypシ #isuviral #abpbh35felleraskin #bellngasri #abpbh35

♬ original sound – syarifahkhyra – syarifahkhyra

“Penajaan umrah bukan sahaja Bell menang sebagai bintang popular, walauoun Bell tak menang pun kami tetap bagi pekej umrah kepada Bell

“Oleh kerana Bell memang berniat pun dan bernazar jika dia menang ABP pun dia ada buat umrah malah kita anggap perjalanan umrah dia bukan biasa-biasa yang kita bagi dan kita akan bagi layanan yang special,”katanya.

Justeru hadiah umrah tidak dapay dibandingkan dengan hadiah kereta dan wang tunai.

Dala pada itu pihak Fellera Skin sedang merancang majlis makan malam untuk meraikan pemenang-pemenang, top 20, top 5 dan semua ahli kerja yang menjayakan ABP pada bulan Ogos nanti.

Dan pada malam itu pihaknya akan bagi hadiah kepada Bell sebagai hadiah tambahan untuk menghargai Bell dan ahli keluarganya.

Baca juga: Payung Rahmah-‘Sampai mati saya akan buat Menu Rahmah ni..’ taukeh Mydin Datuk Ameer teruskan legasi Salahuddin