Pemenang pingat gangsa Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia akhirnya mendedahkan ‘senjata’ yang digunakannya dalam temasya sukan terbabit.
Melalui laman tiktok, pengguna @victor.malaysia bertemu dengan kesayangan rakyat Malaysia itu dan bertanyakan soal raket yang digunakannya.
Lee Zii Jia memberitahu dirinya sedang memakai raket Thruster K yang dihasilkan oleh syarikat Victor dan juga kelebihannya lebih dirasakan saat berada di dalam gelanggang.
“Dia punya feeling dalam court itu adalah lebih berat dan sangat senang untuk control”.
“Of course orang pun tahu saya banyak smash, so dengan raket itu saya rasa dia akan keluarkan hundred percent saya punya smash.”
Lee Zii Jia sebelum ini berjaya meraih pingat kedua untuk negara di Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menewaskan Lakshya Sen dari India di Porte de La Chapelle Arena.
Zii Jia, yang menduduki ranking ketujuh dunia, memperoleh pingat gangsa setelah menumpaskan pemain nombor 14 dunia itu menerusi kutipan mata 13-21, 21-16, 21-11.
Baca juga: Tak sangka pelakon Titanic ini masih terima royalti, muka masih sama!