Ramai antara kita yang sering mengadu penggunaan elektrik yang tinggi, hingga menyebabkan kenaikan bil elektrik yang sememangnya tidak dapat dielakkan.
Harus diakui bahawa perkakasan elektrik sangat membantu menjimatkan masa namun kita juga haruslah menerima kenyataan bahawa bersama dengan kesenangan itu pasti ada kesusahan yang menanti.
Meskipun banyak barangan elektrik kini telah dilengkapi dengan teknologi penjimatan tenaga, sebagai pengguna, kita masih perlu mengamalkan tip-tip penjimatan elektrik secara sendiri.
Penapis air makan elektrik kuat macam peti ais dan aircond, tapi ramai tak sedar
Menurut @abgletriqq, pelbagai barangan elektrik yang masih menggunakan heater adalah antara barangan yang sangat menggunakan tenaga yang banyak.
Contohnya cerek elektrik, seterika, periuk nasi, pemanas air mandi, ketuhar, peti ais dan penyaman udara.
Namun, perlu diingatkan ia tidaklah seperti peti sejuk yang menggunakan elektrik selama 24jam sehari dan ia menggunakan elektrik yang tinggi sama seperti penyaman udara.
@abgletriqq turut berkongsi satu perkakasan elektrik yang banyak menggunakan tenaga namun tidak disedari oleh orang ramai.
Perkakas yang dimaksudkan ialah mesin penapis air yang turut disertakan dengan heater yang dipasang hampir setiap hari.
Baca juga: Kecoh suami Bunga Citra Lestari songlap duit hampir RM1.7 juta?