Ramai tak tahu BN guna ‘senjata’ ini untuk menang di Nenggiri

Semalam BN diumumkan sebagai pemenang di Nenggiri mengalahkan calon dari Bersatu yang menggunakan lambang Bulan. Majoriti besar yang dimenangi BN dalam pilihan raya kecil ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia disebalik kemenangan ini. Ikuti penjelasan lanjur dari penganalisa politik Tuan Norman Radzuan.

TAHNIAH BN & KERAJAAN PERPADUAN

Nenggiri membuatkan penganalisis keliru

BN HANTAR PAS/PN KE DALAM ‘GUA MUSANG’

Dalam perjalanan ke Nenggiri (sehari sebelum mengundi) saya hubungi pakar penganalisis dan strategi UMNO, kata saya nak belajar dgn UMNO bagaimana nak tackle pengundi Melayu.

Dia ketawa sahaja dan memaklumkan kpd saya BN lead 4 mata iaitu sehari sebelum tarikh mengundi.

Kemenangan ini dianggap luar biasa kerana sebelum ini dlm siri PRK kesemua incumbent memenangi semula atau dlm maksud lain mempertahankan kerusi.

Kali ini PAS tewas dan kesemua dakwaan penganalisis politik tidak boleh diguna pakai di Nenggiri termasuk saya sendiri. Ia benar2 membuatkan kita hairan bagaimana undi Melayu berpihak kpd BN.

Saya tidak menyebut PH kerana undi PH biasanya aln solid kpd Kerajaan Perpaduan. Ini kerana undi UMNO khasnya yg dikatakan undi sabotaj dari ahli mereka sendiri. So semua andaian sebelum ini oleh penganalisis politik tersasar.

Pertama kawasan majoriti Melayu akn dikuasai PAS, kedua kawasan luar bandar akn dikuasai PAS, negeri Kelantan totok PAS, incumbent pasti menang, org Melayu menolak Anwar dan Zahid, diesel Melayu topak kerajaan Perpaduan… semua itu tidak berlaku di Nenggiri.

Kemenangan di Nenggiri mempunyai indikator yg sgt besar kpd UMNO sendiri. Parti ini sudah bangkit dan mahu tidak mahu saya ucapkan tahniah la kpd Dr Akmal kerana kejayaannya menarik anak2 muda Nenggiri menyokong Kerajaan Perpaduan.

Hanya dlm tempoh setahun undi BN meningkat 3384 undi manakala PAS kehilangan hampir 700 undi. Maksudnya pengundi UMNO yg dulu mengundi PAS kerana termakan hasutan persepsi telah kembali ke pangkal jalan.

Ada dua PDM, satu hanya seorang sahaja yg pilih ‘syurga’ dan satu lagi PDM hanya 5 org pilih ‘syurga’ yg lain semua ‘neraka’ jika mengikut tafsiran org PAS.

Saya bukan mahu mengambil kredit tetapi dlm hati kecil saya berkata formula yg pernah saya sebut dlm meeting media dan rakan2 parti saya waktu PRN dahulu…” Jangan fokus kpd ceramah2 tetapi lebih kpd personal touch.” Tapi ada suara sumbang menafikan… malas nak gaduh dlm meeting.

Tapi siapa saya dlm parti saya utk mereka mendengar pandangan saya. UMNO menggunakan formula tersebut menurut pakar strategi parti itu 2 minggu sebelum pilihanraya.

Alasan saya ketika itu ialah siri ceramah2 mega atau kelompok era skg ini 80% dihadiri oleh org luar atau ahli parti dan bukan pengundi kawasan.

Jika ada 30 org hadir ceramah kelompok hanya 6-7 org pengundi kawasan yg lain semua org luar yg turun berkempen. Ia tidak berkesan dan ceramah kelompok era skg adalah lebih style group study mcm di IPT.

Dlm skala yg kecil 10 org yg penting kesepuluh org itu pengundi bukan pengampu politik. Itu yg lebih berkesan selain ziarah rumah ke rumah bercakap dari hati ke hati dgn pengundi.

Yg lain byk gunakan media sosial cuma cara kita skg ini salah. Saya tidak boleh detail strategi di sini tetapi apa yg saya katakan pendekatan itu salah. Proposal mengenai hampir 90% siap hanya tunggu masa pimpinan sudi mendengarnya.

Berbalik kpd kemenangan di Nenggiri, ada yg ramai yg kata antara faktor kekalahan di sana kerana ‘Lebai LV’ yg baru sahaja menjadi mualaf PAS.

Hadir dgn jaket berbelas ribu dan topi harga lebih kurang RM 3k. Masuk kampung org gah dgn cara kayangannya barangkali penyumbang ke arah faktor kebencian org Melayu.

PAS jgn percaya mualaf2 mereka yg hanya menyertai mereka kerana kecewa tidak menjadi Menteri lagi. Tiba2 mereka dahulu yg dikatakan curi duit rakyat Kelantan berpuluh juta diangkat menjadi pimpinan.

Saya tidak pasti pengundi Nenggiri undi Kerajaan Perpaduan kerana mereka dpt melihat kebaikkan dari segi ekonomi. Kerana bercakap soal ekonomi dgn fakta data2nya di info2 grafik bukan mudah difahami.

Saya rasa keberkesanan bila BN khasnya memilih utk melakukan personal touch di sana. Tiada maki hamun dlm ceramah dan jika berceramah hanya dlm kelompok 10 org sahaja.

Bagi saya ini faktor utama kejayaan BN dan tahniah juga parti2 komponen seperti PKR. Sewaktu di Pejabat Cabang PKR Gua Musang, pimpinan kecil yg hadir bertungkus lumus memastikan 2 ribu ahli di sana keluar mengundi.

Akhirnya kata BN/PH berjaya menghantar PAS ke dlm ‘Gua Musang’. Bagi saya perlahan lahan rakyat sudah mula nampak kejayaan kerajaan Perpaduan, malah fitnah kpd DAP boleh lah dianggap overkill utk kempen pembangkang.

Harap org Melayu buka mata jgn terpedaya dgn ‘penglipur lara’ lebai politik. Bercakap berdegah degag tapi ibarat NATO ( no action talk only).

Baca: Amir Ahnaf rupanya pekerja gudang sebelum popular sekarang