Ramai tak tahu rupanya bangunan paling nipis terletak di Malaysia

Terdapat pelbagai reka bentuk bangunan yang menarik dicipta sehingga ke hari ini. Seni bina sesuatu bangunan boleh juga dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu.

Biasanya ramai yang berlumba untuk menghasilkan reka bentuk bangunan yang unik dan menarik tapi, tahukah anda ada bangunan yang direka sangat nipis dan terletak di Temerloh!

Jangan terkejut kerana di bangunan tersebut siap ada Bank Muamalat lagi. Macam mana orang dalam bangunan tersebut bergerak?

Sebenarnya, bangunan tersebut tidak senipis yang disangka. Reka bentuk unik bangunan ini menghasilkan ilusi optikal yang menyebabkan bangunan ini kelihatan nipis jika dipandang dari satu sudut.

Jika dipandang dari arah hadapan bangunan ini sebenarnya berbentuk segi tiga. Bangunan ini juga pernah viral beberapa kali oleh kerana reka bentuknya yang unik.

Baca juga: Lelaki ini sanggup berendam lebih 3 jam dalam ais demi pecahkan rekod dunia