Ramai tak tahu rupanya buat cara ini kalau nak cili padi tahan lebih lama sampai berbulan-bulan

Tips simpan cili api yang ramai tak tahu, 8 bulan pun masih segar lagi. Simpan dalam bekas, alas dengan tisu, letak bawang putih ini antara petua simpan cili api yang biasa kita dengar dan buat. Memang menjadi, berminggu-minggu boleh tahan.

Tapi ada lagi satu petua yang boleh membuat stok cili kita bertahan berbulan-bulan. Malah sampai lapan bulan pun elok lagi. Rare sangat petua ini.

Caranya adalah simpan cili dalam botol. Kaedah ini dipraktikkan oleh Puan Haslinda yang diakui beliau memang tahan lama.

“Jiran berkebun tuai berkilo kilo cili besar. Dia beri saya cili bulan Januari. Saya letak dalam botol mineral dan simpan dalam peti sejuk. Sekarang dah hampir 8 bulan, semuanya masih segar.”

Ujar beliau selain cili besar, cara ini juga boleh digunakan untuk simpan cili api. Ini langkah yang perlu dilakukan untuk simpan cili;

1. Basuh dan tos cili supaya kering.

2. Sediakan botol mineral kosong kemudian masukkan cili tadi di dalamnya. Tak perlu buang tangkai.

3. Selepas masukkan cili, tutup botol dengan penutup.

4. Simpan botol berisi cili dalam peti sejuk di ruang letak sayur.

Selain cili tahan lama, boleh juga guna semula botol mineral. Selamat mencuba.

Baca juga: Patutlah tiba-tiba mampu beli iPhone, pasangan ini rupanya kantoi jual bayi sendiri