Ramai tak tahu rupanya kampung Yahudi pernah wujud dekat Malaysia

Orang Yahudi mengaku kononnya mereka “manusia terpilih Tuhan”. Walaupun mereka dituduh menyalib Nabi Isa, walaupun dipaksa tinggal di petempatan haram di Eropah, walaupun terpaksa melalui pembunuhan beramai-ramai oleh orang Eropah, namun orang Yahudi tidak pernah berhenti percaya bahawa mereka lebih hebat, bangsa yang dipilih Tuhan.

Yahudi adalah golongan Semitik. Begitu juga orang Arab. Tetapi hari ini, Yahudi berlakuan seolah-olah hanya mereka adalah golongan Semitik. Mereka melabelkan semua orang yang mengkritik Yahudi sebagai “anti-Semitik”.

Bagi apa jua jenayah dan kesalahan yang mereka lakukan, mereka tidak mengaku bersalah, malah akan melabelkan orang lain sebagai anti-Semitik. Di Pulau Pinang terdapat satu jalan yang dipanggil Jalan Yahudi.

Bagaimana orang Yahudi boleh ada di Pulau Pinang? Orang Yahudi dikatakan datang ke Pulau Pinang bermula dari penghujung abad ke-18. Mereka datang ke sini kerana melarikan diri daripada kekejaman gabenor Uthmaniyyah di Baghdad.

Populasi Yahudi semakin meningkat kepada 177 orang. Ketika itu, kanak-kanak Yahudi boleh bermain dengan kanak-kanak dari bangsa Melayu, Cina dan India. Lebih unik, mereka boleh bertutur dalam loghat Penang.

Menjelang Perang Dunia Kedua, ramai orang Yahudi telah berpindah ke Singapura hingga menyebabkan populasi mereka semakin berkurang di Pulau Pinang. Selepas merdeka, ramai antara mereka yang mengambil keputusan untuk berhijrah.

Akhirnya, Yahudi pupus di Malaysia setelah orang Yahudi terakhir iaitu Modi Mordecai meninggal dunia pada tahun 2011.

Baca juga: 4 tahun kami PJJ tapi kebelakangan ini isteri mulai berubah jarang jawab call atau tanya khabar, kalau aku call dia marah-marah…”