Ramai taktahu 3 bahan dapur ini sangat berguna, boleh buat baja tanaman lagi..lepasni janji tak buang!

Tiga bahan ini memang selalu digunakan dalam masakan dan minuman. Biasanya, setelah digunakan kita cenderung untuk membuangnya.

Namun, sebenarnya bahan-bahan tersebut, iaitu kulit telur, kulit bawang, dan daun teh sangat bermanfaat untuk tanaman apabila diolah semula.

Dikongsi oleh Alin Lin, beliau menunjukkan cara untuk menggunakan semula bahan dapur ini dengan menghasilkan baja yang berguna untuk tanaman.

Serbuk teh

Serbuk teh yang telah digunakan boleh dikumpul setiap hari. Kemudian, jemurlah serbuk teh ini hingga kering dan simpan dalam didalam bekas yang kering.

Serbuk teh ini berfungsi sebagai kompos dan juga sebagai agen untuk mengekalkan kelembapan tanah.

Cara penggunaannya mudah, cukup gaulkan dengan tanah untuk bercucuk tanam atau taburkan di atas batas atau dalam pasu.

Kulit telur

Kulit telur yang sudah digunakan ini basuh bersih dan kemudian jemur. Setelah kering, kisar halus dan simpan dalam bekas.

Serbuk kulit telur ini menyediakan kalsium yang membantu pokok dalam pembentukan sel-selnya. Cara penggunaannya sangat mudah, cukup ditaburkan di pangkal pokok.

Kulit bawang

Selepas membuang kulit bawang yang telah dikupas, kita boleh menyimpannya. Untuk dijadikan baja, jemurlah kulit bawang ini sehingga benar-benar kering, seperti keropok. Kemudian, kisar kulit bawang yang telah kering tersebut dan simpan dalam bekas.

Kulit bawang yang telah dijemur dan dikisar halus boleh digaul dengan tanah. Ini akan membantu meningkatkan kesuburan tanah, merangsang pertumbuhan pucuk baru, dan mempercepat proses pembungaan serta pembuahan tanaman.

Selain itu, kandungan dalam kulit bawang juga dapat membantu mengatasi masalah hama serangga pada tanaman.

Semoga bermanfaat buat pembaca!

Baca juga: Berani mati! Demi content, Youtuber sanggup hempaskan pesawat persendirian