Pemain Denmark, Victor Axelsen beberapa hari lalu berjaya mengekalkan pingat emas Olimpiknya pada final acara badminton perseorangan.
Ini dibuktikan dengan kemenangannya terhadap jaguh dunia, Kunlavut Vitidsarn hingga berjaya menumbangkannya dalam masa 52 minit.
Namun lain pula cerita apabila ada individu di laman sosial Facebook mendakwa Victor sebelum ini berjaya ditumbangkan oleh pemain Malaysia yang semakin dilupakan.
Ia ialah Zulfadli Zulkifli yang pernah beberapa kali mewakili Malaysia dalam sukan badminton namun dikenakan denda kerana menjadi pengatur perlawanan.
Zulfadli dikenakan tindakan penggantungan oleh Persekutuan Badminton Dunia(BWF) selama 20 tahun kerana menjadi pengatur perlawanan bersama rakannya bernama Tan Chun Seang.
Rata-rata menjengah ke ruangan komen mendapati ramai individu yang mengenali pemain ini dan berharap dapat membuat ‘comeback’ supaya dapat memenangi emas pertama untuk Malaysia.