Terkejut tahu daun pegaga buat muka auto glowing! Nak lagi power campur je bedak sejuk

Masalah kulit seperti bintik hitam, jeragat, dan kulit kusam dapat mengganggu penampilan diri. Setiap individu bermimpi memiliki kulit wajah yang indah dan berseri.

Selain menggunakan produk perawatan kulit wajah, kita juga dapat memanfaatkan produk tradisional seperti bedak sejuk.

Bedak sejuk adalah jenis bedak yang sering digunakan untuk memberikan efek penyejukan pada kulit dan meredakan iritasi kulit.

Bedak ini dapat membantu mengurangi sensasi panas, gatal, atau iritasi pada kulit, terutama ketika cuaca panas atau setelah terpapar sinar matahari dalam waktu yang lama.

Banyak kelebihan bedak sejuk untuk kecantikan kulit. Ini antaranya kebaikan bedak sejuk sebagai produk perawatan kulit wajah yang tiada kesan sampingan jika digunakan:

1. Menyejukkan dan Menyegarkan Kulit Wajah

2. Mengurangkan Pengeluaran Sebum/Minyak

3. Pengelupasan Sel Kulit Mati Secara Semulajadi

4. Membuat Kulit Lebih Halus dan Licin

5. Menegangkan Kulit

6. Mengurangkan Bintik Hitam dan Menghilangkan Parut Jerawat

Pegaga tidak hanya enak sebagai ulam, tetapi juga bermanfaat untuk perawatan kecantikan. Menambah pegaga dalam diet harian dianggap sebagai petua awet muda yang mudah dan sangat menjimatkan.

Jom cuba cara yang Nurul Diyana Kamarudin kongsikan di laman facebooknya.

Bahan:

*10 biji bedak sejuk
*Segenggam daun pegaga

Cara-cara:

Tumbuk lumat pegaga dan campurkan dengan bedak sejuk. Amalkan petua ini untuk kecantikan semulajadi menggunakan bahan alami. Konsistensi dalam amalan akan membawa perubahan. InsyaAllah.

Selamat mencuba!

Baca juga: Tuan Ibrahim selar kerajaan mahu lupus subsidi golongan kaya, “Isu pendidikan adalah tanggungjawab mereka”