Blender atau pengisar adalah salah satu perkakas yang sangat penting di dapur.
Kerana digunakan dengan kerap untuk mengisar pelbagai jenis bahan masakan, alat ini pastinya akan terkena kotoran dan minyak.Malah, bahagian pisau blender ini pasti akan tumpul kerana kerap kali digunakan.Terdapat pelbagai cara yang dikongsi di internet yang boleh digunakan untuk membersihkan pengisar, seperti menggunakan soda bikarbonat dan limau purut.Seorang wanita di TikTok, noor_wan19 menunjukkan cara yang digunakan untuk membersihkan dan menajamkan semula mata pengisar menggunakan kulit telur.Menurutnya, selepas dicuci dengan teliti, kulit telur sebaiknya disimpan dalam peti sejuk terlebih dahulu.Kemudian, masukkan kulit telur yang telah dibekukan ke dalam pengisar dan kisar bersama sedikit air.Dengan melakukan ini, kesan minyak akan hilang dan mata pengisar akan menjadi lebih tajam.Selamat mencuba!