Baru-baru ini, pelakon dan pelawak terkenal Malaysia iaitu Imuda telah mengejutkan ramai dengan penerimaan penganugerahan yang diterimanya iaitu gelaran Datuk sempena Hari Ulang Tahun Ke-75 Yang Dipertua Negeri (TYT) Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak
Pelawak berusia 65 tahun itu turut meluahkan rasa kesyukuran kerana setelah bertahun-tahun memerah keringat akhirnya berjaya mendapat penghormatan.
“Saya amat bangga kerana menerima penganugerahan daripada TYT Pulau Pinang. Selepas begitu lama berkecimpung dalam dunia hiburan sejak 40 tahun lalu, inilah masa dan saatnya untuk meraikan kejayaan.
Namun, pasti ramai yang tidak tahu ada maksud sebenar antara Dato’ Seri dan Datuk Seri ini berikutan terlalu ramai yang mendapat gelaran ini.
Jom kita semak.
Jika seseorang selebriti mahu pun usahawan bergelar Dato’ Seri, ini menunjukkan individu tersebut mendapat pingat seperti di bawah:
- Kedah: Penerima pingat Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati atau satu lagi darjah lain dari Sultan Kedah.
- Negeri Sembilan: Penerima pingat Darjah Seri Paduka Tuanku Ja’afar Yang Amat Terpuji atau dua lagi darjah lain dari Sultan Negeri Sembilan.
- Pahang: Penerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang dari Sultan Pahang.
- Pulau Pinang: Penerima pingat Darjah Panglima Pangkuan Negeri atau satu lagi darjah lain dari Yang Di-Pertua Pulau Pinang.
- Perak: Penerima pingat Darjah Kebesaran Dato’ Seri Azlanii atau tiga lagi darjah dari Sultan Perak.
- Perlis: Penerima pingat Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis dari Sultan Perlis.
- Selangor: Penerima pingat Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor atau satu lagi darjah lain dari Sultan Selangor.
- Terengganu: Penerima pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu atau satu lagi darjah lain dari Sultan Terengganu.
Untuk penerima gelaran Datuk Seri, mereka pula adalah:
1. Melaka: Penerima anugerah Darjah Gemilang Seri Melaka dari Yang Di-Pertua Melaka.
2. Wilayah Persekutuan: Penerima anugerah Seri Mahkota Wilayah dari Yang di-Pertuan Agong.
Kalau Dato Sri pulak, diorang tu penerima pingat Panglima Bintang Negeri Sarawak dari Yang Di Pertua Sarawak.