Ramai tidak mengetahui kewujudan Al Arqam yang sebelum ini didakwa menjalankan kegiatan ajaran sesat yang telah berkembang selama lebih 50 tahun.
Ia turut diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan malahan ajaran ini turut dikenali oleh rakyat dari negara seberang.
Al Arqam ini dikatakan ditubuhkan kerana kecewa dengan parti politik PAS dimana pengasasnya adalah seorang ahli aktif pas selama lebih 10 tahun.
Aliran Al Arqam ini mulai popular sejak diambil alih oleh Ashaari Muhammad atau dikenali dengan Abuya.
Oleh sebab Abuya merasakan parti politik PAS tidak menekankan aspek ilmu yang diingininya, dia mengambil inisiatif sendiri untuk memulakan gerakan dan memberi nama Al-Arqam sempena nama sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Arqam bin Abi Arqam.
Pada tahun 1987, pertubuhan ini dikatakan telah diikuti berpuluh-puluh ribu orang dari serata dunia.
Pembentukan Al-Arqam bermula pada tahun 1972 apabila Abuya mendirikan sebuah perkampungan Islam di Sungai Penchala, Selangor.
Kawasan seluas 5 hektar ini dibeli oleh Abuya bersama rakan-rakannya untuk dijadikan tempat tinggal dan markas bagi aktiviti Darul Arqam.
Walaupun gerakan ini diharamkan pada tahun 1994, Al Arqam mencatatkan kebanggaan apabila berjaya dalam bidang perniagaan dan ekonomi.
Dalam tempoh kurang daripada 20 tahun sejak perkampungan mereka ditubuhkan, mereka berjaya membuka 52 kedai runcit di seluruh perkampungan, 20 pasar mini, 36 kedai buku dan alat ibadat, serta 18 restoran dan juga kilang di serta negara.
Meskipun diharamkan, perniagaan Al Arqam yang kemudiannya ditukar nama kepada Rufaqa Corporation Sdn. Bhd dan terkini dikenali sebagai Global Ikhwan Sdn Bhd masih terus beroperasi namun dikatakan tidak lagi mengamalkan ajaran sesat.
Sebelum ini, tular rumah amal dikaitkan ‘Global Ikhwan Service and Business Holding’ (GISBH) mengajar mangsa meliwat seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.
Dalam Op Global itu, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan itu yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor (18) dan dua di Negeri Sembilan.
Baca juga: ‘Tauke’ 99 Speedmart kini jutawan, tapi lain pula yang pekerja dedah