Dadah sememangnya musuh negara kerana dadah menghancurkan kehidupan sesiapa sahaja yang berani mencubanya.
Zaman kini dengan teknologi yang maju, ramai pelajar sekolah yang didakwa menjadi tikus dadah apabila berani menjual dadah meskipun tahu hukuman yang bakal dikenakan ke atas mereka.
Tidak terkecuali artis Malaysia yang juga terlibat dengan kontroversi dadah seperti lima individu ini:
1. Uqasha Senrose
Pelakon dan juga isteri kepada Kamal Adli ini pernah ditahan polis apabila memiliki 53 pil eramin 5 di dalam beg tangannya.
Kejadian yang berlaku ketika tahun 2018 itu hanyalah diakhiri dengan kes ditutup dan pelakon wanita terbabit juga tidak dikenakan apa apa tindakan oleh pihak berkuasa.
2. Farid Kamil
Pelakon filem Lagenda Budak Setan ini didakwa memasukkan dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol) iaitu ganja ke dalam badannya pada 11 Januari 2022.
Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun, jika disabitkan kesalahan.
3. Saiful Apek
Pelawak terkenal ini pernah didakwa kerana meletakkan dadah di dalam badannya iaitu ganja pada 12 Jun 2010.
Namun Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Saiful serta pekerjanya setelah didakwa gagal membuktikan prima facie.
4. Zarina Anjoulie
Pelakon Zarina Anjoulie Lavocah Mohamad Fahizul pernah ditahan kerana memiliki dua biji pil Eramin 5 dan juga positif dadah jenis methampetamine namun mengaku tidak bersalah setelah dibicarakan di mahkamah.
Zarina turut ditangkap polis pada satu Ops Perayaan Tahun Baru Cina 2010 di LCCT kerana disyaki mengambil dadah.
5. Ezad Lazim
Pelakon bersuara merdu ini pernah ditahan kerana memiliki sepeket syabu di sebuah parking pada 20 November 2014.
Ezad turut menjalani ujian air kencing dan disahkan positif dadah syabu.
Baca juga: Lebih 20,000 leka tonton lumba siput sedut, lelaki teruja ramai terhibur ‘content’ suka suka