Atlet yang beraksi untuk sukan antarabangsa Olimpik Paris 2024 pastinya berdebar-debar menunggu tarikh untuk ‘bertempur’ di medan gah itu.
Ini kerana setiap atlet yang memenangi pingat bersejarah itu akan mendapat hadiah sampingan atau inisiatif sepanjang hidup yang disediakan oleh kerajaan.
Ia dinamakan sebagai Skim Imbuhan Tetap Olimpik yang menyuntik semangat atlet-atlet untuk tampil meraih pingat untuk negara tercinta.
Buat yang tidak mengetahui, imbuhan ini diberi sepanjang hidup buat para pemenang pingat emas, perak dan juga gangsa.
Ia diberikan secara bulanan sepanjang hayat dengan pemenang emas diberikan RM5,000, perak RM3,000 dan gangsa bernilai RM2,000.
Baru-baru ini, atlet beregu lelaki badminton Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang memenangi pingat gangsa pada perlawanan semalam diumumkan bakal menerima insentif Skim Imbuhan Tetap Olimpik dan juga menerima wang bernilai RM100,000.
Baca juga: Ramai taktahu coklat boleh rawat kemurungan, janji ambik secara sederhana