Ramai taktahu Ira Kazar pernah masuk Akademi Fantasia, rupanya level-level Amir Masdi

Umum mengetahui anak kepada pelakon Kazar Saisi, Ira Kazar kini dalam fasa penceraian bersama pengarah terkenal iaitu Syamsul Yusof.

Walaupun Ira dikatakan tidak memberi sebarang komen berkaitan rumahtangganya, namun dirinya yang tidak hadir ke mahkamah ketika perbicaraan penceraian telah menimbulkan banyak tanda tanya.

Namun, ramai yang sebenarnya tidak mengenali sosok tubuh anak perempuan kepada pelakon Kazar Saisi ini.

Pasti tidak ramai yang mengetahui sebenarnya Ira Kazar pernah mengikuti ujibakat Akademi Fantasia 2016 namun dikatakan tidak diterima masuk atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Ira Kazar juga pernah berlakon sebagai watak sampingan di samping pelakon Ain Edruce, Sharifah Shahirah dan Zila Bakarin.

Nama Ira Kazar mula dikenali ramai apabila dirinya dikaitkan dengan Syamsul Yusof dan berkahwin lari dengan pengarah itu di sebuah masjid di Songhkla, Thailand.

Baca juga: Driver Grab terkejut pelanggan ‘kirim’ jenazah, siap nota suruh letak sebelah pemandu