Ramai taktahu rumah melayu antara senibina terbaik di dunia, ini 4 sebabnya..

Ramai yang tidak mengetahui rumah melayu atau senibina melayu antara yang terbaik dalam dunia.

Mari kita lihat 4 sebab rumah warisan ini menjadi tumpuan dunia.

1. Laluan angin

Seringkali kita mengunjungi rumah atuk dan nenek namun jarang sekali merasakan haba panas yang dapat dirasakan kala di rumah batu sendiri.

Lebih-lebih lagi menjelang tengah malam, pasti udara sejuknya menusuk ke tulang hingga memerlukan selimut untuk tidur.

Ini kerana rumah kayu mempunyai banyak laluan angin lebih lebih lagi di papan lantai rumah.

Bumbung juga kebiasaannya berlapis dan mampu untuk mengeluarkan haba yang dihasilkan dari lantai rumah.

2) Pintu masuk lelaki dan perempuan berbeza

Disebabkan orang dahulu sangat bersopan dan beradap, pintu rumah juga dibuat untuk laluan lelaki dan juga wanita.

Ini kerana untuk mengelakkan wanita mengunjungi ruang hadapan rumah yang dikhaskan untuk kaum lelaki berbual iaitu di anjung atau serambi rumah.

Laluan wanita pula dikhaskan di bahagian dapur untuk memudahkan memasak dan berbual sesama mereka malahan ruangan tengah juga diberikan untuk kaum wanita untuk berehat setelah penat melakukan kerja-kerja rumah.

Rupanya, pengaruh Islam bukan setakat pada agama saja, bahkan dalam kehidupan seharian orang Melayu itu sendiri.

3) Rumah tinggi

Mesti anda pernah terfikir kenapa rumah kampung tinggi?

Ini kerana untuk mengelakkan orang daripada mengintai di celahan rumah.

Faktor keduanya pula untuk memudahkan orang kampung melalui celah-celah rumah untuk ke surau atau ke kedai. Kerana itulah rumah kampung kita lihat sangat tinggi berbanding rumah biasa.

4) Kiblat lurus

Apabila pulang ke kampung, pasti sangat mudah kerana rumah yang dibina akan berpandukan kiblat malahan hanya perlu bentang sejadah lurus dan tegak.

Biasanya bahagian depan dan belakang rumah menghadap arah Utara Selatan. Manakala bahagian kiri kanan rumah menghadap Timur Barat. Secara tak langsung, rumah menghadap kiblat dan laluan angin (cross ventilation). Sebab itu kalau duduk di serambi, sedap ditiup angin sepoi-sepoi.

Baca juga: Polis kawal ketat lokasi ‘lakonan semula’, kelibat bapa Zayn Rayyan tidak kelihatan undang persoalan