Ramai taktahu rupanya ikan ‘frozen’ lagi banyak nutrisi dari ikan segar, harganya pulak jauh lagi murah!

Ramai yang beranggapan ikan frozen adalah a big no lebih lebih lagi jika dibandingkan dengan ikan segar.

Insangnya masih merah, matanya ikannya yang segar memang sangat memukau pembeli untuk membeli ikan segar di pasar.

Namun tahukah anda, ikan frozen juga tidak kurang segarnya berbanding ikan yang biasa kita lihat.

Kalau nak tahu, berikut adalah perbezaan antara ikan segar dengan ikan frozen:

1. Kandungan nutrien

Pembeli cenderung memilih ikan segar berbanding ikan beku dengan anggapan bahawa ikan segar lebih berkhasiat, namun perkara ini tidak semestinya benar.

Walaupun mungkin terdapat kehilangan sedikit nutrien semasa proses nyahbeku, namun jumlahnya sangat sedikit.

Biasanya, ikan yang diternak untuk dibekukan dapat diolah dalam beberapa jam selepas keluar dari air, membolehkan ikan tersebut mengekalkan sebanyak mungkin nutrien seperti ikan segar.

2. Proses beku kilas

Pembekuan kilas merujuk kepada penggunaan suhu sangat rendah untuk segera membekukan ikan ketika ikan tersebut berada pada tahap kesegaran tertinggi.

Ia juga menunjukkan ikan yang dibekukan dengan teknik kilat mampu mengekalkan semua nutrien, kelembapan, dan rasa yang optimal.

Malahan turut dapat mengurangkan jangka masa antara penangkapan dan proses pembekuan serta membantu mencegah penurunan kualiti yang ikan alami apabila terpapar kepada udara.

3. Jangka masa kesegaran

Ikan segar pulak mempunyai tempoh masa yang singkat berbanding ikan frozen.

Banyak di antara kita membeli ikan segar, tetapi tidak selalu memasaknya pada hari yang sama dan memilih untuk menyimpannya dalam peti sejuk beku. Tahap kesegaran ikan ini tidak dapat menandingi ikan beku kilat.

Hal ini disebabkan oleh tempoh antara ikan segar mati sebelum dibekukan di peti sejuk beku rumah yang jauh lebih panjang berbanding tempoh mati ikan yang dibekukan kilas.

Baca juga: Emma Maembong dituduh ‘kepochi’ isu Bella Astillah, netizen pulak doa suami disondol Ruhainies