Ramai taktahu tahun 2007 kenaikan penjawat awam sampai 35%, paling tinggi dalam sejarah

Ramai yang berdebar menunggu perkhabaran pelarasan gaji penjawat awam yang bakal diumumkan pada pagi ini.

Selepas 13 tahun tiada semakan yang tepat, pengumuman kali ini bakal menggembirakan hati mereka.

Dikatakan pelarasan gaji kali ini bakal meningkat hingga 13% peratus iaitu yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah.

Namun pasti ramai yang tidak mengetahui iaitu pada tahun 2007, kenaikan paras gaji dikatakan boleh meningkat hingga 35%.

Tampil menjawab persoalan itu, Menteri Komunikasi mengatakan pada 2007 pelarasan gaji tersebut hanyalah untuk dua gred satu iaitu gred rendah.

Ketika itu, tangga gaji gred yang disebutkan ialah sekitar RM800 sahaja.

“Bagi yang menyebarkan (kenaikan) 35 peratus pada 2007, ada dua perkara sangat penting. Mereka hanya baca tajuk sahaja, 35 peratus pada waktu itu merujuk penjawat awam dalam kumpulan pelaksana dua gred satu.

“Waktu itu, gred satu pada 2007, pendapatan RM800 sebulan. Keadaan ekonomi jauh berbeza. Kalau nak diungkit, kena berlaku adil, konteksnya berbeza,” katanya.

Pengumuman kenaikan gaji pada hari ini bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula jam 10 pagi dan dirasmikan oleh Perdana Menteri serta disaksikan lebih 1.6 juta penjawat awam seluruh Malaysia.

Baca juga: Galak kongsi gambar janin di media sosial, ramai taktahu hukumnya haram?