Ramai taktahu tapi ini sebenarnya ‘tips’ betul simpan tepung, boleh elak dari berbau hapak

Tepung adalah komponen penting dalam banyak resipi masakan terutamanya dalam pembuatan pastri dan kuih-muih.

Tepung juga mempunyai pelbagai jenis iaitu tepung gandum, tepung jagung, tepung beras, dan banyak lagi.

Biasanya, tepung dijual di kedai-kedai runcit dan pasar raya dalam bentuk paket dengan berat yang ditetapkan. Setiap kali digunakan, tepung biasanya digunakan dalam kuantiti yang sesuai dengan jenis hidangan yang disediakan.

Walaupun kadangkala tepung yang dibuka tidak dihabiskan, ini membuatkan ramai yang menyimpannya di dalam bekas dan apabila mahu menggunakan semula ia berbau hapak.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian Mastura Fuad di bawah.

Cara simpan tepung:

Saya share macan mana saya simpan tepung gandum dan pelbagai jenis tepung untuk tempoh yang lama.

Tepung yang dibeli saya masukkan dalam freezer dalam 2 minggu. Dont worry tepung tu tetap tidak akan beku tetapi dia akan mematikan segala kutu atau telur-telur ulat tepung yang berada dalam tu. Boleh je nak simpan 1 minggu, tapi saya sengaja lamakan sikit. 

Selepas itu keluarkan tepung tu dan biarkan dia dalam suhu bilik hingga hilang sejuk dan wap. Lap kering-kering paket bungkusan tepung tadi dan simpan dalam zipper bag. Guna 2 zipper bag untuk setiap peket tepung. 

Yang second zipper bag tu masukkan berlawan arah bahagian lock atau kepala zipper bag tu. Jadi double layer secure dari segala kutu yang mungkin masuk jika plastik tu bocor.

Lastly simpan dalam balang plastik kuih raya atau tong putih food standard yang macam tong cat tu untuk bigger capasity. Inshaa Allah tepung tahan lama tak berulat. 

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Bengang kempen Geng Subuh Macam Jumaat dipolitikkan, Alif Satar bagi ‘warning’