Ramai terkejut dengan pengemis ini sering minta sedekah rupanya tabur duit ke penyanyi dangdut

Ramai terkejut dengan pengemis ini sering kali meminta sedekah di trafik ‘light’ rupanya dia tabur duit ke penyanyi dangdut.

Tular satu video berdurasi 15 saat memapaparkan seorang warga emas menabur duit hasil daripada mengemis.

Lelaki yang dikenali sebagai AI, 58, itu menari bersama penyanyi dangdut dalam satu persembahan sebelum ‘menabur duit ke penyanyi itu’.

Beliau sering meminta sedekah di lampu isyarat Kota Kraksaan di sini memberikan duit kepada penyanyi dangdut mendapat perhatian pelbagai pihak.

Penularan video tersebut turut mendapat perhatian pihak berkuasa menyebabkan mereka menahan pengemis berkenaan dan membawanya ke balai polis.

Jurucakap polis, Budi Utomo berkata, AI sudah banyak kali ditahan polis kerana sering meminta sedekah secara paksa di lampu isyarat.

“Lelaki itu sudah banyak kali diberi amaran oleh polis supaya tidak meminta sedekah, namun dia tetap melakukan perbuatan tersebut.

“Kehadiran AI sudah diketahui pengguna jalan raya di Kraksaan apabila dia memukul rebana setiap kali meminta sedekah,” katanya seperti yang dilapor Kompas.com.

Selain itu, AI didakwa menggunakan duit hasil mengemis semasa memberikan duit kepada penyanyi dangdut berkenaan.

Malah, lelaki warga emas itu juga pernah meminjamkan sejumlah wang kepada jiran tetangga menggunakan duit hasil mengemis.

Baca juga: Tak sangka kerja hanya ‘try’ gula-gula pun boleh dapat RM348k yang penting kena gigi cantik