Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berita gembira di mana sejumlah RM100 akan dikreditkan secara one off kepada 10 juta rakyat dewasa.
Proses pendaftaran dan tuntutan kredit akan bermula pada 4 Disember ini dan berlangsung sehingga 20 Februari 2024.
Selari dengan itu, diumumkan juga bahawa kredit tersebut tidak boleh digunakan untuk beberapa tujuan tertentu.
Berikut merupakan antara perkara di mana kredit eMADANI TIDAK boleh digunakan, termasuk:
1. Pemindahan ‘peer-to-peer’;
2. Penebusan tunai;
3. Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
4. Bayaran fi berkaitan kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
5. Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
6. Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
7. Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
8. Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
9. Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.