Ramai yang sedih rupanya tahun terakhir sambut merdeka bersama Agong dan Permaisuri

Ini merupakan sanbutan Hari Kemerdekaan yang terakhir buat Agong dan Permaisuri bersamah rakyat lepas ini tiada lagi lambaian dan salaman dari mereka berdua

Rata-rata orang ramai memuji keprihatinan Tuanku Agong dan Raja Permaisuri selain meluahkan rasa sedih berikutan ia sambutan hari kebangsaan yang terakhir di bawah pemerintahan Seri Paduka Baginda berdua.

Dalam keterujaan melihat perbarisan di Dataran Putrajaya, dan aksi yang dipamerkan, rata-rata ramai terharu ketika dapat bersalaman dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi perkongsian klip video di Instagram Istana Negara, memaparkan aksi spontan Seri Paduka Baginda berdua menyantuni rakyat yang hadir sebelum berangkat pulang sejurus selesainya Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Berdasarkan klip video tersebut, kelihatan ramai pengunjung amat teruja dan terharu ketika bertemu dengan Tunku Azizah serta turut memuji kecantikan baginda.

@farhin_nffco

KDYMM Agong & Raja Permaisuri berkenan menyantuni dan bersalaman dgn org yg ramai hadir utk menyaksikan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaaan 2023 di Putrajaya hari ini 💛🙏🏻🇲🇾 #merdeka66 #dataranputrajaya #merdeka2023 #malaysiamadani🇲🇾🇲🇾🇲🇾 #agongmalaysia #rajapermaisuriagong

♬ Negaraku – Joe Flizzow & Altimet & SonaOne & Faizal Tahir

“Tuanku nak salam, cantiknya (Tunku Azizah),” kata seorang pengunjung ketika bersalaman dengan Raja Permaisuri.

“Kenapa aku yang menangis, ya Allah bangga kami rakyat Malaysia memiliki Tuanku berdua,” kata Elha.

“Tidak akan ada lagi Tuanku Agong dan Raja Permaisuri seperti ini. Sangat sayangkan rakyat sanggup menyatuni sampai macam ini,” ujar Hani.

“Selepas ini, pasti kita akan merindui Tuanku Agong dan Raja Permaisuri. Tahun terakhir sambut merdeka sebagai Yang Di-Pertuan Agong,” jelas Haszreen.

“Menangis dibuatnya untuk kali terakhir, daulat Tuanku. Allah lanjutkan usia Tuanku Agong dan Raja Permaisuri,” ucap Haniff.

Untuk rekod, pemerintahan Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong telah memasuki tahun keempat pada 30 Januari 2023 sebelum tamat pada tahun hadapan setelah berkhidmat selama lima tahun.

Baca juga: Pernah digelar gila kumpul kayu terbuang, akhirnya siapa sangka boleh jadi rumah impian