Ramalan ahli nujum tersasar, lelaki disangka mati lemas dalam kolam rupanya tertidur di bawah pokok

Portal berita Thaiger melaporkan bahawa seorang ahli nujum tempatan telah melakukan tilikan yang mengarah kepada penemuan seorang lelaki berusia 68 tahun yang sebelumnya hilang secara misteri dari rumahnya.

Lelaki tersebut dikatakan lemas di dasar kolam dan ia mendorong pasukan penyelamat dan juga orang kampung mencari mangsa di dalam air dan juga daratan.

Namun selepas dua hari, Thongmuon Prommin muncul kembali di rumahnya dan menjelaskan dia duduk dan tidur di sebatang pokok di sebelah kolam.

Thongmuon menyedari orang ramai mencarinya namun tidak mampu untuk memaklumkan bahawa dia dalam keadaan baik.

Dia juga mendakwa ketika kejadian, hujan turun tetapi lelaki itu berkata, dia tidak basah.

Peristiwa luar biasa itu berlaku di Kampung Salaosong, Buriram.

Ratree Prommin, yang berusia 58 tahun, merasa yakin bahawa suaminya telah lemas di sebuah kolam di kampung mereka, seperti yang diramalkan oleh ahli nujum tersebut.

Namun, selepas pemeriksaan yang teliti, tiada bukti yang ditemui untuk menyokong dakwaan tersebut, seperti rotan atau kasut. Pencarian yang berlangsung lebih dari dua jam juga tidak berjaya menemui mayat mangsa.

Baca juga: “Suami bagi izin jaga mak tapi asyik mengungkit dan mintak perhatian sampai aku rasa menyesal sebab kahwin..”