Perkahwinan yang dibina dari penipuan pasti tidak akan kekal lama kerana ia berlandaskan fantasi dan pembohongan yang tidak akan kemana.
Sebuah ayat mengatakan, ‘andai matahari masih lagi menyinar pasti penipuan akan tetap keluar’. Dalam bahasa kasarnya, dalam apa cara sekalipun penipuan pasti akan terbongkar walaupun sekuat mana ia disimpan.
Wanita ini berkongsi kisah dimana dia berkahwin dengan suami kakaknya yang terang terangan tidak merestui hubungan itu dan hingga kini mengalami konflik hingga membawa kesusahan.
Assalamualaikum admin, ini kisah saya ketika 5 tahun awal BERCINTA LEPAS KAHWIN. Sebelum nikah saya dah ada aset, (kereta dan kelengkapan rumah termasuk perkakas elektrik kecuali rumah).
Jadi atas permintaan, saya tinggal bersama mak mertua dan kebetulan rumah sewa bekas wife suami iaitu kakak saya selang 5 buah rumah je. Dari situ bermula gangguan demi gangguan datang. Selepas akak tau saya yang kahwin dengan bekas suaminya akak jadi meradang.
Dulu akak pernah ser4ng saya di tempat kerja, macam-macam yang dia cakap. Dia m4ki hamun semua tapi saya hanya diam, tapi pedih juga nak telan benda yang kita TAK BUAT. Akak seakan tak boleh terima pernikahan saya dan suami apatah lagi perpisahan akak dan suami talak 3.
Punca bercerai sebab akak dulu suka abaikan suami. Suami sudah berkali-kali nasihatkan saya untuk terus bersabar dan jangan sekali-kali tinggalkan dia. Namun keadaan berlanjutan berbulan-bulan.
Bayangkan hampir setiap malam rumah mak mertua diser4ng.
Sampai 1 tahap mak mertua tak tahan sehingga terp4ksa dimasukkan ke hospital sebab d4rah tinggi naik. Bermula dari situ ipar duai mula memaling muka, mula menarik balik sikit-sikit apa yang mereka sediakan untuk mak mertua.
Sejak dari itu akak ada perubahan sikit, sudah mula cool down. Dia ada mesej, call saya minta maaf tapi saya tak simpan apa-apa dend4m, malah gembira sebab akak boleh terima saya sebagai kawan. Selalu juga kami keluar bawa anak-anak jalan (tanpa suami).
Atas sebab akak tiba-tiba nak kerja, sebelum ni suami yang tanggung semua perbelanjaan dan bil akak selepas mereka cerai dan akak tak pernah kerja sebab ada anak umur 3 tahun yang tak nak berenggang. Setelah berbincang, saya setuju untuk membantu menguruskn hal ehwal anak-anak di rumah akak setelah akak pergi kerja.
Jadi bermula rutin saya sebagai pembantu. Alhamdulillah, anak-anak suami semuanya baik-baik terima saya sebagai ibu tiri mereka termasuk yang bongsu sangat-sangat manja dengan saya. Awal pagi, lepas akak pergi kerja, saya akan ke rumah, kemas, masak, basuh baju, semua sekali lah saya buat.
Bila tengahari anak-anak yang lain balik sekolah, saya akan bersiap (bawa baju siap-siap untuk kerja). Macam bodoh je kan?? hahaha tapi saya ok je. Saya kerja promoter bebas, jadi semua temujanji saya buat petang lepas zohor, dalam pukul 6 petang saya akan balik sebab suami akan sampai rumah pukul 7.
Saya terus siapkan makan malam di rumah mak mertua pula. Kadang-kadang tu penat sangat, penat yang dicari sendiri. Selang 2-3 bulan akak buat hal balik tanpa sebab saya diser4ng lagi, kali ini saya dituduh pakai ilmu guna – guna.
Dalam masa sama mak mertua kerap ke rumah akak lepas saya pergi kerja dan kerap juga bercerita bab-bab sy1rik dan tahyul ni. Terk3jut saya bila mak mertua juga mengiakan kata-kata kakak. Buktinya anak-anak akak dah mula sayang saya, dah mula sebut-sebut pasal saya, yang bongsu setiap malam cari saya bila nak tidur.
Sampai kes saya dengan suami pun diungkit semua, katanya saya bomohkan suami dari jauh, kononnya saya yang runtvhkan rumahtangga mereka. Terus mak mertua halau saya dari rumah macam anjing kurap. Menyewalah kami, tapi tak jauh sangat dari sana.
Tiba-tiba lewat malam suami dapat mesej dari akak saya katanya anaknya yang bongsu demam teruk, maka bergegas suami pergi sana guna kereta saya (aset suami semua dir4mpas akak. Kereta dan motor sebab guna nama akak).
Saya tunggu di rumah, sampai subuh suami tak balik. Pagi pun tak nampak bayang, fon suami pun off. Hati mula tak sedap, saya nekad masuk office naik bas. Petang tu, suami datang dalam keadaan lemah, tak bermaya macam menahan s4kit.
Nampak juga lebam – lebam di tangan dan muka. Tenang suami bercerita berselang dengan linangan airmata, katanya dia dih4mbat dengan akak, dipukul dengan beluti tapi dia tak lawan, katanya, ” biarlah dia, biar dia puas.
Itu mungkin balasan untuk saya (suami).” Punca akak belasah suami sebab kereta, motor kena tarik tak bayar. Suami sengaja tak bayar kerana ego akak sendiri. Kereta saya pun habis, 4 tayar dir0bek, body kereta dicalar – calar. Tak apalah harta dunia.
Dari sana suami jalan kaki ke pejabat saya, 3 jam dia berjalan dalam keadaan macam tu. Selang seminggu lepas kejadian, s4kit pada belakang badan suami masih tak hilang, malah bertambah s4kit. Dia terp4ksa ke hospital untuk x-ray.
Rupa-rupanya tulang belakang suami retak, maka menganggurlah suami, nak kerja macam mana, kenderaan pun tak ade, suami mc berbulan-bulan, tak boleh kerja berat, takpe. Dugaan untuk saya pula bila saya pula disahkan hamil.
Dalam keadaan ekonomi yang bercelaru, kami diuji lagi dengan kehamilan pula. Sikit – sikit perkakas rumah saya jual pada jiran dan kawan-kawan, hanya yang tinggal – set bilik tidur, tv, dapur untuk masak dan sofa yang dah lusuh.
Kereta pun saya terp4ksa jual sebab tak mampu nak bayar, rumah sewa pun kadang -kadang tertunggak. Sampai saya hampir melahirkan, baru suami mencari kerja. Alhamdulillah, ringan sikit bahu saya.. Masa ni kami hanya ada kawan-kawan, sanggup dia keluarkan duit muka dan bayaran 3 bulan ke hadapan untuk sebuah motor untuk kami.
Memang terharu sangat-sangat. Hampir setiap bulan dia beri kami sedikit duit untuk belanja, adik beradik suami, semua hilang. Belah saya, adik-adik masih sekolah, mak saya pula ibu tunggal. Barangan kelengkapan bayi, bil hospital semua mereka bantu bayarkan.
Hanya linangan airmata yang saya luahkan tanda terima kasih pada mereka. 5 tahun awal perkahwinan perit sangat. Saya tak rasa pun penangan bulan madu, tak menikm4ti pun keindahan CINTA tapi tu la, dugaan dan cab4ran saya harungi sampai harini min. Tapi kami bahagia, doakan kami.