Berita dipetik dari FMT
Pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh adalah antara lapan muka baharu yang dilantik dalam barisan Exco kerajaan Melaka bawah pimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.
Sulaiman berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara itu akan menerajui portfolio Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan.
Individu lain yang dilantik adalah:
ADUN Serkam Zaidi Attan (Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar)
ADUN Telok Mas Abdul Razak Abdul Rahman (Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani)
ADUN Gadek VP Shanmugam (Belia, Sukan dan NGO)
ADUN Pengkalan Batu Kalsom Nordin (Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan)
ADUN Merlimau Dr Akmal Saleh (Exco Kesihatan dan Antidadah)
ADUN Paya Rumput Rais Yasin (Pendidikan dan Teknologi)
ADUN Machap Jaya Ngwe Hee Sem (Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna)
Menurut Sulaiman, beliau pula akan mengetuai portfolio Perancang Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Hal Ehwal Agama, manakala ADUN Rembia Muhammad Jailani Khamis kekal menerajui portfolio Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan.
Selain itu, ADUN Ayer Molek Rahmad Mariman dilantik mengetuai portfolio Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir.
“Senarai Exco itu telah dipersetujui oleh Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Mohd Rustam dan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Simpan Rahsia akan berlangsung petang ini,” kata Sulaiman, menurut laporan Berita Harian.
Barisan Nasional (BN) menang 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan ini memberikannya majoriti dua pertiga di DUN.
sumber : FMT