Berita dipetik dari FMT
[7:33 MALAM] Perlawanan di Kota Laksamana boleh dikatakan hampir tamat, dengan Low Chee Leong dari PH mendahului dengan 5,729 undi. Pesaing terdekat, Benjamin Low dari BN, meraih 663 undi.
[7:32 MALAM] Tinggal hanya empat saluran lagi, Ngwe Hee Sem dari BN mendahului di Machap Jaya dengan 3,055 undi. Beliau diikuti Law Bing Haw dari PH yang meraih 2,503 undi.
[7:30 MALAM] Calon Siti Faizah Abdul Azis dari BN mendahului di Sungai Rambai dengan 1,993 undi. Lebih 50% undi sudah dikira.
[7:29 MALAM] Tinggal hanya enam saluran lagi, Akmal Saleh semakin dekat dengan kemenangan di Merlimau, dengan 4,600 undi. Calon PN dan PH masing-masing meraih kurang daripada 2,000 undi.
[7:26 MALAM] Calon Rahmad Mariman mendahului di Ayer Molek dengan 1,791 undi, selepas 1/3 undi dikira.
[7:24 MALAM] Calon Kerk Chee Yee dari PH mendahului di Ayer Keroh dengan 4,649 undi. Lebih 50% undi sudah dikira.
[7:24 MALAM] Calon Abd Rauf Yusoh dari BN mendahului di Tanjung Bidara dengan 1,157 undi. Pesaing terdekat, Mas Ermieyati Samsudin dari PN, meraih 730 undi. Pada PRU14, BN menang.
[7:22 MALAM] Calon Ahmad Bilal Rahaudin dari PN mendahului di Serkam dengan 1,817 undi. Pesaing terdekat, Mohd Zaidi Attan dari BN, meraih 1,789 undi. Pada PRU14, BN menang.
[7:14 MALAM] Calon Adly Zahari dari PH mendahului di Bukit Katil dengan 3,990 undi, selepas 50% undi dikira.
[7:11 MALAM] Calon Mohd Yadzil Yaakub dari PN memintas pesaing di Bemban, dengan kelebihan kecil 75 undi.
[7:10 MALAM] Calon Fairul Nizam Roslan mendahului di Asahan dengan 1,412 undi. Beliau meninggalkan calon PN yang memperoleh 351 undi dan PH 343 undi. Pada PRU14, BN menang.
[7:08 MALAM] Calon Lim Ban Hong dari BN dikatakan mendahului di Kelebang dengan 1,602 undi. Calon PN dan PH terikat dengan 1,555 undi. Pada PRU14, PH menang.
[7:08 MALAM] Sengit di Telok Mas. Calon Abd Razak Rahman dari BN dikatakan di depan dengan kelebihan hanya tujuh undi. Beliau bersaing dengan Ashraf Mukhlis Minghat dari PH dan Mohd Rafiq Naizamohideen dari PN. Pada PRU14, PH menang.
[7:07 MALAM] Calon Mas Ermieyati Samsudin dari PN dikatakan mendahului di Tanjung Bidara dengan 542 undi. Pesaing terdekat, Ab Rauf Yusoh dari BN, peroleh 464 undi. Pada PRU14, BN menang.
[7:07 MALAM] Sengit di Machap Jaya. Calon Ngwe Hee Sem dari BN dikatakan mendahului dengan 1,573 undi. Pesaing terdekat, Law Bing Haw dari PH, peroleh 1,540 undi. Pada PRU14, PH menang.
[7:04 MALAM] Calon Akmal Saleh dari BN dikatakan mendahului pesaing dengan kelebihan 1,000 undi di Merlimau, selepas 1/3 undi dikira. Pada PRU14, BN menang.
[7:03 MALAM] Calon Sulaiman Md Ali dikatakan mendahului di Lendu dengan 1,328 undi. Pesaing dari PN meraih 326 undi. Kelebihan undi setakat ini lebih 1,000 undi. Pada PRU14, BN menang.
[7:02 MALAM] Calon Kerk Chee Yee dari PH dikatakan melepasi persaingan sengit di Ayer Keroh, meninggalkan calon BN dan PN dengan kelebihan 674 undi. Pada PRU14, PH menang.
[7:00 MALAM] Calon Lim Ban Hong dari BN dikatakan mendahului di Kelebang dengan 2,459 undi. Pesaing terdekat, Gue Teck dari PH, meraih 2,246 undi. Pada PRU14, PH menang.
[6:58 PETANG] Calon Allex Seah Shoo Chin dari PH dikatakan mendahului di Kesidang dengan 3,941 undi. Pesaing terdekat, Leong Hui Ying dari BN, dikatakan meraih kurang dari separuh undi tersebut. Kelebihan undi setakat ini lebih 2,500 undi. Pada PRU14, PH menang.
[6:45 PETANG] BN dikatakan mendekati PN di Bemban. Calon Mohd Yadzil Yaakub dari PN masih di depan dengan kelebihan kecil. Pada PRU14, BN menang.
[6:43 PETANG] Sengit di Ayer Keroh. Calon Yong Fun Juan dari BN dikatakan mendahului calon PH dan PN dengan 438 undi. Pada PRU14, PH menang.
[6:38 PETANG] Calon Low Chee Leong dari PH dikatakan mendahului di Kota Laksamana dengan 1,788 undi. Pada PRU14, PH menang.
[6:22 PETANG] Calon Mohd Aleef Yusof dari PN dikatakan mendahului di Sungai Udang dengan 1,502 undi. BN ikut rapat dengan 1,012 undi. PH 151 undi. Pada PRU14, PH menang.
[5:30 PETANG] Semua 217 pusat mengundi bagi PRN Melaka membabitkan 1,109 saluran ditutup.
Peratus keluar mengundi sehingga 4 petang tadi sekadar 61%, daripada 476,037 pengundi biasa, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya.
Pemilihan ini berlatarkan kebimbangan orang ramai terhadap wabak Covid-19, dan perasaan bercampur-baur masyarakat mengenai situasi politik dan ekonomi semasa.
Keseluruhan jumlah pengundi yang layak adalah 495,195 orang.
Petugas SPR di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Pantai Kundor menutup pagar seusai tempoh pengundian tamat.
Sebanyak 28 kerusi DUN dipertandingkan, dengan 112 calon menyertai gelanggang. Perhatian tertumpu kepada pertembungan antara Barisan Nasional, Perikatan Nasional, dan Pakatan Harapan – yang pernah berseteru atau bersekutu pada suatu ketika.
Tiga kerusi menyaksikan perlawanan enam penjuru, lima penjuru di lima kerusi, empat penjuru di sembilan kerusi, dan tiga penjuru di 11 kerusi.
Pada PRU14, Pakatan Harapan yang bertanding bawah bendera PKR menang 15 kerusi, membolehkan ia merampas negeri itu daripada BN yang menang 13 kerusi.
sumber : FMT