Kim Pan Gon, pengendali skuad Harimau Malaya mengejutkan ramai dengan berita perletakan jawatannya setelah dua tahun empat bulan membimbing pasukan itu.
Individu kelahiran Korea Selatan itu dikenali dengan wajah serius berambut panjang yang pastinya dikagumi oleh segenap masyarakat.
Mari kita lihat pencapaian Kim Pan Gon bersama dengan Harimau Malaya:
Pada Januari lalu, Malaysia seri apabila menentang pasukan ranking ke-22 dunia, Republik Korea dibawah naungan jurulatih Korea Selatan itu malahan meningkat ke ranking 130 dalam FIFA.
Namun malang kerana Malaysia tidak layak ke pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia 2026 walaupun jurulatih itu menyiapkan pasukan ke peringkat yang diidamkan beliau.
Walaupun begitu, Kim Pan Gon menyifatkan dengan tiga kemenangan, satu seri, dua kekalahan dan 10 mata Malaysia mampu bersaing di mata dunia dengan asas dan momentum yang berterusan.
Baca juga: Suspek bunuh Farah Kartini bukan teman lelaki, rakan dedah suspek sebenar