Remaja 17 tahun sanggup belanja RM200 ajak kawan-kawan pesta liar di bulan Ramadan

Heboh di negeri yang satu-satunya Menteri Besar selamba berkaraoke ‘live’ pukul 2 pagi terdapat pesta liar di bulan Ramadan anjuran seorang remaja berusia 17 tahun.

Lapor 999 yang disiarkan menerusi TV3, remaja perempuan terbabit memberitahu dia mengeluarkan duit poketnya untuk menempah sebuah inap desa sebanyak RM200 termasuk deposit.

Dia yang tinggal di bandaraya Alor Setar kemudiannya mengajak rakan-rakannya untuk berhibur di inap desa itu yang terletak di Jalan Suka Menanti, Alor Setar.

Seorang lagi pelajar perempuan Tingkatan 5 pula berkata, dia ingin mencuba sesuatu yang baru dalam hidup dengan mengambil dadah.

Walau bagaimanapun, dia yang pertama kali mengambil bahan terlarang itu turut menyesal dengan keputusan dibuat.

Mereka antara sekumpulan peserta pesta liar yang diserbu baru-baru ini oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Setar pada jam 3.30 pagi.

Pesta liar mereka berjaya dikesan selepas menerima aduan daripada orang awam berkenaan bunyi bising di kawasan kejiranan mereka.

Sejurus memecahkan pintu hadapan premis sekumpulan remaja dilihat berada di ruang tamu dalam keadaan khayal sambil mendengar alunan muzik yang kuat.

“Kebanyakan daripada mereka cuba melarikan diri melalui pintu belakang premis.

“Ketika pemeriksaan dilakukan pihak polis menemui satu peket plastik lutsinar berisi empat biji pil berwarna ungu disyaki dadah jenis metamfetamin yang disembunyikan di bahagian dapur,” kata pegawai polis.

Hasil serbuan pada bulan Ramadan itu, seramai 11 lelaki dan 4 perempuan berusia 15 hingga 22 tahun ditahan.

Sebahagian daripada mereka ada yang sudah berhenti sekolah dan memilih untuk bekerja.

BACA JUGA 3 cara nikmati kebebasan kewangan elak jadi kuli sampai tua