Remaja dakwa nyaris diculik makhluk asing bermata hijau, pakai jetpack-“Jauh perginya tu”

Seorang gadis berusia 15 tahun di Peru melaporkan bahawa dia hampir diculik oleh makhluk asing berwarna hijau, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Daily Star semalam.

Menurut keterangan Talia, dia mengatakan bahawa dia diserang oleh dua entiti yang memakai perisai berwarna hitam dan bertopeng, yang turut menyemburkan sejenis semburan ke arah wajahnya.

Talia mendakwa bahawa makhluk asing tersebut mempunyai mata berwarna hijau dan memakai ‘jetpack’ yang dapat diaktifkan dengan menekan butang pada kasut mereka secara serta merta.

“Saya berada di taman untuk memetik limau dan pada ketika itu, saya dapat merasakan daun kering bertiup di sekeliling. Saya kemudian melihat susuk tinggi.

“Apabila saya cuba lari, mereka menangkap dan menutup mulut saya,” katanya.

Kejadian itu terjadi di kampung Haikito ketika beberapa insiden mengerikan dilaporkan oleh penduduk, yang disebabkan oleh beberapa ‘makhluk asing’ berpostur setinggi 2.1 meter.

Ketua-ketua masyarakat tempatan menggambarkan makhluk yang boleh terbang itu sebagai kalis peluru kerana tidak tembus apabila ditembak menggunakan senapang.

Baca juga: Macam ‘Final Destination’! 32 penumpang roller coaster tergantung terbalik setinggi 40 meter