Remaja ditemui terbaring setelah dua hari ayah carinya-Misteri kehilangan lelaki terjawab

Seorang remaja ditemui terbaring setelah ayahnya mencarinya sepanjang dua hari, lalu terjawablah misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah sejak Rabu lalu

Mayat mangsa telah ditemui ayahnya di sebuah bangunan lama di Jalan Sembulan, Kota Kinabalu di sini, semalam. Lebih memilukan, mangsa berusia 21 tahun yang bekerja sebagai pelayan restoran/

Mangsa ditemukan oleh bapanya kira-kira jam 8 pagi selepas dua hari berusaha mencari anak lelakinya itu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan penemuan mayat seorang lelaki di kawasan bangunan lama Jalan Sembulan.

Katanya, berdasarkan maklumat itu, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian dan menemui mayat dalam keadaan terbaring.

“Hasil pemeriksaan awal oleh doktor dari Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) mengesahkan kematian dan di bahagian tangan kiri mangsa terdapat kesan luka dipercayai patah akibat terjatuh dari tempat tinggi.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati bangunan lima tingkat itu sudah lama ditinggalkan dan mangsa dipercayai naik ke tempat simpanan tangki air sebelum terjatuh,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Zaidi berkata, terdapat kesan tapak kaki di kawasan tangga bangunan selain polis menemui alat ‘portable vapor’ dipercayai milik mangsa.

Katanya, hasil siasatan lanjut, polis percaya tiada sebarang unsur jenayah dan mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat atas.

“Hasil siasatan di tempat kejadian oleh pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah tiada unsur-unsur jenayah.

“Mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah selama dua hari sebelum ahli keluarga bertindak untuk mencari mangsa,” katanya.

Menurutnya, mayat dibawa ke Jabatan Forensik HQEI untuk proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.

Baca juga: Lelaki kongsi rasa tak puas hati isteri enggan guna duit gaji untuk ringankan beban kewangan-‘Suami ada hak tak izinkan isteri keluar rumah’