Remaja ditemukan meninggal di dalam kereta. Kejadian tersebut berlaku di Ketereh pada hari Rabu lepas.
Memetik Harian Metro, mangsa yang berusia 18 tahun ditemukan tidak sedarkan diri, dalam keadaan berpakaian lengkap, di tempat duduk penumpang sebuah kereta pada 10.05 pagi.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, hasil maklumat awal mendapati mangsa berada di tempat duduk pemandu dalam keadaan baring, yang mana tempat duduk direndahkan.
“Mangsa berpakaian lengkap dan tidak ada kesan pecah terhadap kereta yang tidak berkunci dan barangan peribadinya tetap ada di sisi.
Seterusnya pemeriksaan terhadap tubuh badannya juga didapati tiada apa-apa kesan luka atau unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mohd Rosdi berkata, mangsa dibawa ke jabatan forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan hasil bedah siasat mendapati remaja itu mengalami pendarahan pada paru-paru disyaki kesan terhidu gas di dalam kereta.
Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Baca Juga: Warga emas ditahan lakukan persetubuhan dengan kucing hingga mati
Baca Juga: Mengapa KL masih dilanda banjir walau bilion ringgit habis untuk tebatan banjir?