Remaja maut selepas 18 hari terima vaksin, KJ jumpa ibu bapa mangsa hari ini

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Susulan kematian seorang remaja berusia 13 tahun yang dikatakan selepas menerima suntikan vaksin Covid-19, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan akan berjumpa dengan kedua ibu bapa mangsa hari ini.

Pertemuan dengan ibu bapa mendiang Revnesh Kumar Naresh Kumar, bagi menyerahkan laporan forensik anak mereka.

Remaja berkenaan dikatakan telah meninggal dunia pada 16 januari lalu, iaitu 18 hari selepas mendapatkan suntikan pertama vaksin Covid-19.

Dalam sidang media semalam, Khairy menjelaskan penangguhan itu disebabkan keperluan mengadakan ujian yang lengkap.

“Ini disebabkan kita nak pastikan siasatan lengkap, bukan sekadar bedah siasat selepas kematian tetapi juga menghantar sampel darah dan tisu ke makmal.

“Kita juga tunggu laporan dari Jabatan Kimia yang kita terima hari ini. Sebab itu esok saya akan jumpa dengan ibu bapa beliau,” kata Khairy.

Katanya lagi, KKM tidak akan memnbuka laporan bedah siasat Revnesh kepada orang awam kecuali ibu bapa mendiang memberi kebenaran.

Dia juga memberi jaminan Jawatankuasa Farma-kovigilans Khas Vaksin Covid-19 akan meneliti laporan bedah siasat. Jawatankuasa itu bertanggungjawab terhadap kes kesan advers susulan imunisasi (AEFI).

Susulan kematian remaja itu, ibu bapanya dalam satu video yang telah tular merayu kepada orang ramai agar menimbang semula hasrat untuk vaksinasi anak mereka.