Resepi ayam goreng ini raih 2.4k share, lelaki ini teruja kongsi rahsia hasilkan gorengan sempurna

Ayam goreng adalah hidangan yang diminati oleh pelbagai golongan. Bagi kanak-kanak, ia pasti menjadi salah satu makanan kegemaran yang sering mereka pilih.

Bagi mereka yang ingin mencuba resepi baru untuk menggoreng ayam, mungkin resepi yang dikongsikan di bawah ini boleh membantu anda.

Menerusi kiriman Encik Adnan bin Mat Abu di laman Facebook “Masak Apa Hari Ni” (MAHN), beliau telah berkongsi resepi ayam goreng berdasarkan permintaan netizen kepada beliau.

Resepi ini dinamakan resepi AYAM GORENG ABAH kegemaran ACU. Perkongsian beliau telah mendapat lebih 2k perkongsian dan 3.8k tanda suka di Facebook.

Resepi AYAM GORENG ABAH kegemaran ACU.

Bahan-bahan:

1. 5 ekor ayam potong 12.

2. 10 biji telur gred B.

3. 1 paket tepung bestari perasa ori.

4. 1 paket tepung bestari perasa pedas.

5. 5 sudu besar minyak masak.

Cara-caranya:

Pecahkan 10 biji telur ke dalam pengisar.

Campurkan sejumlah kecil garam dan 5 sudu besar minyak masak. Kacau rata supaya telur dan minyak tercampur dengan baik( JANGAN CAMPUR AIR).

Tuangkan campuran tersebut dalam bekas besar. Kemudian, campurkan 5 sudu besar tepung Bestari asli dan 5 sudu besar tepung Bestari pedas.

Gaulkan campuran ini dengan telitinya dalam bancuhan telur yang telah disediakan tadi, dan setelah itu, masukkan potongan ayam yang sudah dibersihkan. Biarkan ayam meresap selama kira-kira 1 jam.

Panaskan minyak dalam periuk biasa. Kemudian, salutkan ayam yang telah direndam dalam campuran tepung Bestari.

Goreng ayam dalam minyak yang banyak hingga ayam tenggelam. Tutup periuk untuk memastikan ayam masak dengan baik dan sekata.

Selamat mencuba!

Baca juga: Melopong tengok harga roti Gardenia tahun 2003, netizen kata “penemuan bersejarah”