Resepi belimbing buluh kerabu buat ramai kecur air liur, rupanya tambah budu lagi bertambah padu!

Biasanya, belimbing buluh ini digunakan sebagai bahan dalam sambal, gulai, atau halwa, tetapi ternyata ia juga dapat dijadikan kerabu.

Rasanya memang unik berbanding dengan kerabu lainnya. Untuk menambah lagi kesedapan, disarankan untuk mencampurkannya dengan budu dan ikan goreng yang dihancurkan. Gabungan ini benar-benar meningkatkan rasanya.

Bagi yang ingin mencubanya, boleh mengikuti cara yang dikongsikan oleh Crystal Soo ini.

Bahan-bahan:

Belimbing buluh (dihiris nipis)

Bawang merah (dihiris halus)

Kelapa goreng

Isi ikan goreng

Timun (dihiris)

Bunga kantan (diracik halus)

Daun kesom (diracik halus)

Budu & gula

Cara-caranya:

Hirislah semua bahan-bahan dengan nipis dan masukkan ke dalam bekas.

Tambahkan sedikit budu dan gula mengikut citarasa. Siap untuk dihidangkan!

Selamat mencuba!

Baca juga: Kiriman kek hari lahir untuk Fazura buat ramai sebak, “Tinggal Mommy dengan Fatima je”