Resepi mudah ala coklat truffle Royce, guna 2 bahan je

Coklat truffle berbentuk kiub yang dikenali dari Jepun ini sememangnya terkenal dalam kalangan anak muda.

Harganya yang mahal juga membuatkan ramai yang tidak mampu dan memilih coklat dari jenama tempatan sahaja.

Namun usah risau, anda boleh cuba membuat coklat ala truffle Royce ini di rumah. Jom kita lihat bahannya.

Berikut adalah resepi coklat truffle atau coklat Nama versi jimat dan buatan sendiri yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @nrlchyain:

Bahan-bahan:

1/2 tin susu pekat manis

1 ΒΌ cawan serbuk koko

Cara-caranya:

Hidupkan api dan didihkan susu pekat manis sampai berbuih, kemudian angkat dari atas api.

Tuangkan serbuk koko ke dalam susu panas sambil gaul segera sementara masih panas. Adunan akan menjadi sedikit keras ya hati-hati.

Ratakannya di dalam bekas yang telah dialas dengan plastik dan keraskan lagi dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 2 jam.

Setelah mengeras, letakkan truffle di atas permukaan yang telah dilapisi dengan serbuk koko untuk satu pusingan pertama. Apabila truffle sudah bersalut coklat, taburkan sekali lagi dengan serbuk koko.

Sekarang, coklat truffle buatan sendiri anda siap untuk dinikmati. Selamat mencuba!

Baca juga: Jaga mayat tuan selepas pijak hingga mati, gajah ini rupanya β€˜merajuk’ kerana dijual