Resepi mudah popia carbonara untuk sarapan si kecil, ini tips elak meletup ketika digoreng

Resepi popia carbonara ini amat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak tahu menu apa perlu disaji kepada anak anak.

Hidangan ini menarik selera anak serta mengenyangkan malahan proses membuatnya tidak terlalu sukar.

Ibu-ibu juga boleh membuatnya dalam kuantiti yang banyak dan membekukannya dalam peti sejuk. Selepas itu, ia boleh digoreng pada bila-bila masa yang diinginkan.

Ada yang nak cuba? Mari ikuti resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli di bawah.

Resepi Popia Carbonara Lemak Berkrim

Bahan-bahan:

  • 2 sudu butter
  • Bawang holland dicincang
  • 2 sudu tepung gandum
  • Sedikit air
  • 1 tin carbonara
  • Susu full krim kotak kecil
  • Separuh kiub ayam
  • Sosej dipotong kecil
  • Lobak merah (jika suka)
  • Cendawan butang (jika
  • suka)
  • 1 keping cheese
  • Kulit popia

Cara-caranya:

Panaskan dua sudu mentega dan tumis bawang Holland yang telah dicincang. Masak sehingga layu.

Tambah dua sudu tepung gandum dan kacau rata.

Masukkan sedikit air untuk menambahkan kelembapannya.

Kemudian masukkan satu tin sos carbonara. Satu tin sahaja dah cukup masin ya jangan tambah garam.

Masukkan susu full cream, anggaran dalam satu kotak kecil je dan masukkan juga kiub ayam separuh.

Kemudian boleh la tambah carrot, cendawan butang atau sosej dalam hidangan ini.

Last sekali, tambah sekeping cheese. Dah siap!

Jangan lupa biarkan ia sejuk seketika sebelum menggulungnya dengan popia.

Tips menggoreng supaya tidak meletup

1. Sejukkan inti terlebih dahulu sebelum digulung supaya pekat dan tak cair

2. Goreng dalam minyak yang betul-betul panas dan memasak dengan masa yang singkat

Selamat mencuba!

Baca juga: “Abang tergamak hantar kakak balik kampung sebab sakit, rupanya kat bandar dia..”