Ramai anak muda di Malaysia yang amat fanatik dengan negara Korea, ia berikutan pelbagai pelakon serta penyanyi yang berwajah tampan menghiasi kaca televisyen.
Mereka bukan sahaja ‘mabuk’ dengan selebriti Korea, malahan makanan korea juga tidak kurang menarik perhatian kerana pelbagai menu dan rasa yang semestinya berlainan dari makanan melayu.
Tidak kurang juga makanan dari jepun yang digemari ramai seperti sushi, tempura, ramen dan sashimi turut mempunyai peminatnya yang tersendiri di negara ini.
Di dalam aplikasi TikTok, seorang pemuda yang dikenali sebagai Zainul Rusydi juga mendapat perhatian ramai setelah dia berkongsi resepi mudah untuk membuat sos ala Sukiya.
Menurut Zainul, sos dari restoran Jepun popular itu boleh disediakan sendiri di rumah dengan mengikuti rasa dan citarasa masing-masing, dan ia sesuai untuk disajikan bersama hidangan steamboat.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Bawang putih
2. Daun ketumbar
3. Daun bawang
4. Cili padi
5. Roasted sesame sauce
6. Miso paste
7. Chilli oil
Cara penyediaan sos:
Untuk memulakan, anda akan memerlukan bawang putih yang telah dicincang, daun ketumbar, daun bawang, cili padi, dan sos bijan panggang (roasted sesame sauce).
Campurkan juga miso paste ke dalam campuran bahan tersebut. Anda boleh memperoleh miso paste yang halal di kedai-kedai Jepun.
Setelah itu, tambahkan minyak cili. Sebenarnya, minyak cili juga boleh disediakan sendiri. Caranya mudah, anda hanya perlu menuangkan minyak panas ke atas cili flakes.
Untuk mendapatkan lebih banyak perkongsian resipi dan tutorial masakan, anda boleh mengikuti akaunĀ Zainul RusydiĀ di aplikasi TikTok.
Baca juga: Rupanya Jom Donate dah lama ākautā untung, papar syarat 5.5% setiap sumbangan!