Resepi mudah sup ayam ketika musim influenza, jangan taktahu boleh turunkan suhu badan lagi!

Sup ayam adalah salah satu alternatif yang digunakan sebagai penawar untuk menurunkan suhu badan.

Sup ayam juga dipercayai boleh meredakan batuk dan selsema ketika badan diserang demam.

Ia sering dianggap sebagai makanan yang memberi keselesaan dan membantu dalam pemulihan semasa penyakit.

Ada yang menyediakan sup ayam dengan hanya meletakkan sup bunjut dan merebus ayam, sementara yang lain lebih suka menambah serai atau halia dalam sup kerana kedua-dua bahan ini dikenali mempunyai khasiat tertentu yang berguna.

Dengan cuaca yang panas sejak kebelakangan ini, pastinya ada yang mengalami demam dan selsema. Mengapa tidak meredakan rasa lemah badan dengan menikmati sup ayam dengan serai?

Bahan-bahan
*Seekor ayam – potong 18 
*1 sup bunjut
*1 batang lobak merah – dipotong
*1 batang serai – diketuk
*3 biji bawang merah
*2 inci halia – dipotong halus
*3 tangkai daun sup
*2 biji kentang – dipotong
*Garam secukup rasa
*bahan penumis

Cara-caranya:

Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak. Kemudian, tumis bawang merah dan rempah tumis sehingga bau harumnya naik.

Masuk ayam, serai dan halia – gaul sehingga rata sebelum masukkan air dan garam serta sup bunjut

Masukkan juga lobak dan ubi kentang ke dalam sup bunjut tersebut.

Renehkan dengan api perlahan selama kira-kira 15 minit dengan periuk ditutup.

Hidangkan bersama dengan taburan daun sup.

Baca juga: Geli tengok senduk kayu masih ada sisa makanan, ini rupanya tips rahsia yang anda kena tahu